solat tahajjud

Kepentingan solat tahajjud
sembahnyang 5 waktu adalah sembahnyang orang2 mukmin dan sembahyang tahajjud adalah sembahyang orang2 yang soleh.Menurut satu hadith Rasulullah saw Bersabda
"jika tidak kerana memberatkan ummat ku,nescaya aku wajibkan tahajjud keatas mereka"

yang menjadi kelemahan kita adalah berdoa.Dengan berdoa kita menzahirkan kelemahan diri dan menzahirkan kekuatan Allah swt.Dengan berdoa barulah segala usaha kita akan ada roh.solat ditengah malam amatlah dihargai tetapi sedikit bilangan orang yang mengerjakannya. 
Kelebihan solat tahajjud
kata jibrail as:
"Tidak syak lagi lagi kebesaran seseorang mukmin adalah didalam tahajjudnya.Kemuliaannya adalah didalam keredhaannya dan kesabarannya"

jika dilakukan sembahnyang dengan istiqamah maka allah swt akan memberi 3 ganjaran:
1)dapat lidah yang hikmah
2)diangkat kedarjat wali
3)lepas dari kesakitan ketika sakaratul maut

Solat sunat dua rakaat ditengah malam adalah lebih berharga dari dunia dan seisi kekayaannya.teruskanlah solat tahajjud kerana ia adalah perjalanan orang2 yang soleh dan cara mendekati Allah swt.Solat tahajjud ,menjauhkan dosa,menyebabkan dosa terampun dan menyihatkan badan.

  • seseorang yang solat dua rakaat bersendirian dengan tidak ada sesiapapun kecuali Allah swt dan para malaikatNya sahaja yang melihat dia dan api nerakan tidak akan menyentuhnya.
  • Allah swt mendekati para hambanya di akhir malam
  • kehormatan dan kemuliaan seorang mukmin adalah di dalam solat tahajjudnya
  • solat tahajjud akan dapat menghilangkan penyakit dari tubuh badan
  • Menurut Syaqiq Balkhi,5 paerkara dapat diperolah melalui 5 saluran:
1.berkat rezeki melalui isyraq
2.cahaya di dalam kubur melalui tahajjud.
3.mudah menjawab munkar dan nakir melalui tadarus al-quran
4.mudah melalui titian sirat melalui puasa dan sedekah
5.sebuah bilik dibawah naungan Arasy ilahi melalui zikrullah(zikir)

  • Allah swt suka melihat 3 perkara:
1.sebarisan orang yang solat berjemaa
2.seseorang yang sibuk dengan solat tahajjud di tengah malam
3.seseorang yang berjuang dijalannya
  • diantara wasiat Allah kepada Rasulullah saw semasa baginda naik ke mikraj ialah:
        "Selalulah sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu adalah beserta tahajjud."
  • Para ahli tahajjud akan diberikan pakaian syurga dan kuda terbang yang tali kekangnya dari rubi dan mutiara.Bila ahli syurga bertanya,bagaimana mereka memperoleh darjat itu,maka dijawab:
           "sesungguhnya mereka2 itu solat tahajjud ketika kamu semua nyenyak tidur"
barangsiapa sembahyang tahajjud dan membaguskannya akan memperoleh 9 kurnia.
 
1.Allah swt memeliharanya dari segala bahaya
     2.dinampakkan tanda2 taat pada wajahnya
     3.dicintai dihati orang mukmin dan manusia seluruhnya
     4.perbicaraannya berisi hikmah
     5.dijadikan fikirannya bijaksana
     6.dibangkitkan dari kubur dengan wajah yang bercahaya
     7.dipermudahkan hisab di akhirat'
     8.melintas titian sirat sepantas kilat
     9.diberi buku catatan amalan dari tgn kanan yang bermaksud syurga baginya..jika dari tgn kiri  bermaksud neraka untuknya
    • Para tahajjud akan menduduki tingkat tertinggi di syurga yang bangunannya boleh ditembusi cahaya
    • Sembahyang tahajjud adalah seolah-olah sedekah yang dilakukan secara bersembunyi
    • Sesiapa sembahnyang tahajjud di dalam keadaan berlapar maka para bidadari akan datang mengelilinginya.
    • Orang2 yang sentiasa sembahyang tahajjud akan diseru masuk syurga tanpa hisab
    • Allah swt amat suka dan cinta kepada sesiapa yang mengosongkan tempat tidurnya dengan menghabiskan waktu dengan bertahajjud

    Kekasihku Ya Allah

    Ya Allah...
    Seandainya telah Engkau catatkan
    dia akan mejadi teman menapaki hidup
    Satukanlah hatinya dengan hatiku
    Titipkanlah kebahagiaan diantara kami
    Agar kemesraan itu abadi

    Dan ya Allah... ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
    Seiringkanlah kami melayari hidup ini
    Ke tepian yang sejahtera dan abadi

    Tetapi ya Allah...
    Seandainya telah Engkau takdirkan...
    ...Dia bukan milikku
    Bawalah ia jauh dari pandanganku
    Luputkanlah ia dari ingatanku
    Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku
    Dan peliharalah aku dari kekecewaan

    Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
    Berikanlah aku kekuatan
    Melontar bayangannya jauh ke dada langit
    Hilang bersama senja nan merah
    Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya

    Dan ya Allah yang tercinta...
    Gantikanlah yang telah hilang
    Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
    Walaupun tidak sama dengan dirinya....

    Ya Allah ya Tuhanku...
    Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
    Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
    Adalah yang terbaik buatku
    Karena Engkau Maha Mengetahui
    Segala yang terbaik buat hambaMu ini

    Ya Allah...
    Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
    Di dunia dan di akhirat
    Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini

    Jangan Engkau biarkan aku sendirian
    Di dunia ini maupun di akhirat
    Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
    Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
    Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
    Ke jalan yang Engkau ridhai
    Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh

    Amin... Ya Rabbal 'Alamin  

    Yaallah Jika Aku Jatuh Cinta

    Allahu Rabbi aku minta izin ,
    Bila suatu saat aku jatuh cinta,
    Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang ,
    Hingga membuat lalai akan adanya Engkau,

    Allahu Rabbi,
    Aku punya pinta,
    Bila suatu saat aku jatuh cinta,
    Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas,
    Biar rasaku pada-Mu tetap utuh.

    Allahu Rabbi,
    Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta,
    Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan
    kasih-Mu ,
    dan membuatku semakin mengagumi-Mu,

    Allahu Rabbi
    Bila suatu saat aku jatuh hati,
    Pertemukanlah kami ,
    Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu,

    Allahu Rabbi
    Pintaku terakhir adalah seandainya kujatuh hati
    Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
    Anugerahkanlah aku cinta-Mu...
    Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
    Amin !

    wanita





    ciri2 wanita solehah terbahagi kepada dua
    • taat kepada perintah allah dan rasulnya
    • taat kepada suami
    ciri2 wanita yang taat pada allah dan rasulnya
    • mencintai allah dan rasulnya melebihi segala-galanya
    • menutup auratnya
    • tidak berhias dihadapan bukan mahramnya 
    • tidak bersifat seperti wanita jahiliah
    • sentiasa membantu kaum adam dalam menegakkan kebenaran,kebajikan dan taqwa
    • menghormati kedua ibu bapanya
    • bersedekah tidak mengira susah atau senang
    • tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
    • menjaga maruah diri
    • berbuat baik terhadap masyarakat sekeliling
    taat kepada suami
    • menjaga kewajipan terhadap suami
    • sentiasa menyenangkan suami
    • menjaga kehormatan dan mahligai syurga ketika suami tiada dirumah
    • sentiasa memelihara diri dan rumah tangga
    • tidak bermasam muka dihadapan suami
    • tidak merungut dihadapan suami
    • tidak meninggi suara terhadap suami


    wanita adalah insan yang tinggi martabat disisi allah.tapi ..tapi martabat itu akan kecundang pabila lupanya wanita kepada Allah.Ini mungkin kerana wanita terlalu sibuk dengan luar bahkan memelihara anak-anak.tapi hakikatnya,ini adalah saat yang paling berbahaya dimana syaitan akan mendorong hawa nafsu memainkan peranannya


    Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
    ” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

    Golongan cinta illahi

    kehidupan kita didunia penuh dengan liku.ramai yang menyatakan mereka cinta pada allah tapi apakah segalanya hanya di tubir bibir semata-mata.apakah tujuan kita hidup didunia ini.sudah semestinya melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya.tapi kita fikirkanlah.apakah cinta kita pada allah memadai untuk menampung setiap liang neraka yang terbentuk atas sebab sifat kita sendiri.fikirkanlah.

    GOLONGAN HAMBA YANG MENCINTAI ALLAH:
    •  mencintai firman Allah
    •  mencintai Nabi dan Rasul Allah
    •  merasa marah apabila agama islam dipermainkan
    •  merasa terhormat menjadi wali Allah
    •  menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran
    •  bergaul dengan orang-orang yang soleh
    •  membaiki ibadah sunat
    •  mendahului akhirat dan membuat persiapan untuk ke sana
    •  taubat dengan ikhlas
    •  bercita-cita mati syahid
    so cuba renungkan kembali.korang ada tak antara ciri2 diatas.kalau ade,korang sememangnya mencintai allah.Tabik spring sama korang.

        Bye n salam

        Nilai kegagalan

        ramai orang kecewa kerana kegagalan. itu semua adalah takdir yang sudah tersurat ketika kita lahir lagi.Tidak semestinya anda  gagal sekali akan gagal buat selamanya..Sebagai hamba allah kita harus bangkit dan berusaha..mungkin disebalik kegagalan ade kebaikan yang allah kurniakan..kita harus yakin pada allah..jangan menyalahkan takdir.nasib sentiasa berubah jikalau seseorang itu berusaha sebaik mungkin..dalam islam jua menyatakan.jika seseorang itu ingin berjaya.berdoalah kepada allah seiring dengan usaha tanpa putus..kerana allah tidak akan mengabulkan doa seseorang itu tanpa usaha.tetapi allah akan kabulkan doa seseorang itu jika dia betul2 berusah menggapai apa yang dihajatinya.Bahkan seorang yang sukses seperti Samuel Beckett, penulis lakon sandiwara paling terkemuka di abad kedua puluh ini,pernah menulis bahwa dia merasa tidak asing lagi dengan kegagalan, “setelah bernafas dalam-dalam dengan udaranya yang menggairahkan hidup.”orang yang pintar juga sering mengalami kegagalan..kerana  kegagalan akan mengajar kita erti kehidupan yang sebenar-benarnya.Anda harus menghadapi kegagalan dengan tabah dan tenang.kemungkinan nanti kita bisa menghindarinya dari berulang kembali.kita harus percaya pada diri yang kita bisa menggapai kejayaan.beri penghargaan pada diri anda sendiri yang anda bisa melakukan dengan lebih baik dari sebelumnya.ada orang yang sentiasa memikirkan kegagalan,ada sesetengah hanya tidak mengambil endah akan kegagalan.tapi bukan itu pokoknya..yang penting adalah bagaiman kita belajar daripada kegagalan itu sendiri.kegagalan bisa hadir secara tersembunyi.ada sesetengah masyarakat tidak mampu menghadapi kegagalan kerana bagi nya tiada lagi jalan penyelesaian.tapi yang sebenarnya banyak jalan keluar yang tidak jelas.sebagai hamba allah kita harus melalui segala permasalahan yang berlaku tidak kira sesulit mana.lari daripada kegagalan atau masalah tidak akan menyelesaikan segalanya.tawakkal lah kepada allah,berdoa dan pinta kepadaNya.
        contonhnya.Kadang-kadang suatu peristiwa terjadi dan anda tidak bisa menghindarinya.Apa yang dapat anda lakukan? Pertama,jangan menyalahkan diri sendiri kalau peristiwa itu terjadi. Kedua, ingat bahwa anda selalu memiliki pilihan,
        walaupun pilihan itu tidak terlihat jelas.Kesempatan datang silih berganti, dan arah yang anda tetapkan mungkin bisa berubah lagi. Tetapi kalau anda bisa berpikir jernih mengenai kegagalan,kalau anda meyadari bahwa anda adalah seorang yang selalu punya pilihan,maka anda akan bisa mengatasi sebuah pelajaran yang berharga.



        10 sifat yang mesti ada pada calon suami





        1. Kuat agamanya
        Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

         
        2. Baik akhlaknya
        Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.

         
        3. Tegas mempertahankan maruah
        Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?

         
        4. Amanah
        Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, bila berjanji tidak ditepati, lupakan saja si dia.

         


        5. Pemurah tetapi tidak boros
        Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

         
        6. Tidak liar matanya
        Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

         


        7. Terbatas pergaulan
        Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

         


        8. Rakan pergaulannya
        Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

         
        9. Bertanggungjawab dan setia
        Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab. Setia mengharungi hidup bersama walau susah mahupun senang.

         
        10. Tenang wajah
        Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

        my story jer...

        kelas td tidak mementkan lgsung tp sungguh menyeronokkan..i like klas math and add math also..tp physics..i cant catch up coz of chinese boy..very annoying nd noisy..talkative man...grrr...kelas dah bermula..aq kena berusha lebih utk yg ini..kalo form 3..aq just men2 an x serius but from now  kena lah the best..everyday ade homework but i love it..sekurgnye.aq bley hbiskan mse dgn blaja.blaja n blaja...dan aq xkan buang mase dgn bnda x berfaedah mcm update blog ni..huhu..my frenz syamil said..jgn terlalu study hard..x perlu lah..sume 2 x pentg sgt..what the hell...hello walau pepun yg hang ckp..cek x kesa k..jgn ajar cek untuk malas belajr..understand..kita kena fikir mase depan..well..mmg org kaya rmi yg pelajran x sampai menara gading..but im different u know..aq pompuan bukan lelaki..cuba satu ary nanti aq da kerja and then da kawen..and cuba bygkan kalo kena tgglkan nga suami..xkan aq masih nak mengharpkan suami..aq perlukan duit dari hasil titik peluh aq sendri...and how about kalo my husband kawen lebih dri satu..cukup sgt ke duit dye nak tampung kehidupan aq..kalo aq ditempat 2..aq kan mintak cerai..then sediakan banglo sebuah..duit 3.2 juta..kereta 5 bijik..understand..grrr..

        rahsia wanita



        Sebenarnya, antara lelaki dan perempuan terdapat perbezaan dari segi pemahaman komunikasi. Ramai yang kurang menyedari hal ini terutamanya kaum lelaki.Lelaki perlulah memahami dan menyelami apakah maksud di sebalik kata-kata seorang perempuan. Sebagai contohnya:
        1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
        Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?


        2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
        Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

        3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
        Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

        4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
        Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

        5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
        Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

        6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
        Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

        7. Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
        Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa macam nak jadi awek you je.

        8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
        Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

        9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
        Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

        10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
        Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.
        Ini cuma contoh saja. Tapi, memang ia selalu berlaku. Kalau tak percaya, cuba tanya isteri atau awek masing-masing, betul tak cakap di mulut tak sama dengan niat di hati. Bukannya kaum perempuan ni tak jujur dalam meluahkan isi hati mereka tapi. Wanita ni bukankah pemalu?