wanita





ciri2 wanita solehah terbahagi kepada dua
  • taat kepada perintah allah dan rasulnya
  • taat kepada suami
ciri2 wanita yang taat pada allah dan rasulnya
  • mencintai allah dan rasulnya melebihi segala-galanya
  • menutup auratnya
  • tidak berhias dihadapan bukan mahramnya 
  • tidak bersifat seperti wanita jahiliah
  • sentiasa membantu kaum adam dalam menegakkan kebenaran,kebajikan dan taqwa
  • menghormati kedua ibu bapanya
  • bersedekah tidak mengira susah atau senang
  • tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
  • menjaga maruah diri
  • berbuat baik terhadap masyarakat sekeliling
taat kepada suami
  • menjaga kewajipan terhadap suami
  • sentiasa menyenangkan suami
  • menjaga kehormatan dan mahligai syurga ketika suami tiada dirumah
  • sentiasa memelihara diri dan rumah tangga
  • tidak bermasam muka dihadapan suami
  • tidak merungut dihadapan suami
  • tidak meninggi suara terhadap suami


wanita adalah insan yang tinggi martabat disisi allah.tapi ..tapi martabat itu akan kecundang pabila lupanya wanita kepada Allah.Ini mungkin kerana wanita terlalu sibuk dengan luar bahkan memelihara anak-anak.tapi hakikatnya,ini adalah saat yang paling berbahaya dimana syaitan akan mendorong hawa nafsu memainkan peranannya


Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

No comments: