Azab seorang anak derhaka dan penagih dadah


Basmalah.
kejadian ini berlaku di kampung aku sendiri.Sabak Bernam.Aku telah menemu ramah mokcikku sendiri walhal dia merupakan rakan kepada kakak jenazah.Aku tak pasti bila kejadian ini berlaku tapi cukuplah sekadar korang jadikannya sebagai pengajaran.Aku hanya menulis berdasarkan apa yang diceritakan jika ada unsur tokok tambah.maaf dipinta.Wallahualam


allayarham seringkali melawan cakap ibu bapanya dan merupakan seorang penagih dadah.Allayarham dilahirkan dalam keluarga yang susah sehingga suatu masa dia kesempitan wang,pada mulanya dia meminta wang daripada ibunya semata-mata ingin membeli dadah tetapi ibunya tidak menuruti permintaannya kerana ketiadaan wang,dia mengambil keputusan untuk mengambil gas didapur,namun dihalang oleh ibunya kerana itu sahaja yang ada untuk kegunaan seharian tambah2 lagi dengan keadaan ekonomi ibu bapanya yang susah.Ketika dihalang,allayarham menolak ibunya sehingga jatuh.Berlaku pertelingkahan antara mereka


Hasil daripada menjual gas tersebut,terlunas juga hajatnya untuk membeli dadah.Allayarham merancang untuk ke sungai besar bersama  rakannya dengan menaiki motor.Pulang sahaja daripada sungai besar allyarham bersama rakannya terbabit dalam insiden,dikhabarkan bahawa mereka dilanggar oleh sebuah van.Ketika insiden itu berlaku,allayarham terpelanting ke atas bumbung surau.Dalam keadaan nazak,allayarham jatuh menyembah bumi.Nyawanya tersekat dibahagian kerongkong.Begitu perit azab yang dialaminya pada ketika itu sehingga allayarham mengeluarkan najis yang amat busuk.Allyarham meninggal sewaktu dalam perjalanan  ke hospital.(diceritakan oleh mereka yang berada disurau)


Setelah allayarham selesai dimandi,dikafan dan disembahyangkan.Allayarham dibawa ke tanah perkuburan.Ketika  hendak diangkat untuk dimasukkan kedalam liang lahad,mayat begitu berat  sehingga 20 orang yang mengangkatnya masih terasa berat.Apabila dibacakan beberapa surah akhirnya allayarham dapat diangkat.


Ketika mayat hendak dimasukkan ke liang lahad.air keluar dari bawah tanah dan ruang liang lahad menjadi sempit.Penggali kubur mengorek kubur tersebut namun apabila jenazah hendak dimasukkan ia menjadi kecil semula sehingga kubur tersebut digali sebanyak 3 kali.Waktu menjelang malam.Orang kampung terpaksa membengkokkan badan allayarham lalu dimasukkan kedalam liang lahad.


Selepas daripada itu. Roh allayarham seringkali pulang ke rumah meminta ampun daripada ibunya dan mengganggu seluruh isi rumah selama beberapa hari.Akibat tidak tahan dengan gangguan tersebut,ibu bapa allayarham bersama dengan orang kampung sedekahkan surah yasin buat allayarham dan ibunya juga telah mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh anaknya.Semenjak itu arwah tidak menggaggu lagi.


Setiap yang berlaku ada iktibar.Hormati  ibu bapamu dan jagalah hati mereka,sesungguhnya haram bagi seorang anak itu menyakiti ibu bapanya.Syurga dibawah telapak kaki ibu dan jangan sekali-kali kamu melakukan larangan Allah seperti menghisap dadah,kerana ia sama seperti kamu ingin mencampakkan dirimu ke lembah neraka.

faedah buang angin


EHEM..Hai dan assalamualaikum..aku baru je lepas baca majalah Rapi yang menceritakan tentang kentut.Bila dengar je ayat kentut sume orang buat muka sengih,geli and mesti ada sound dari mulut korang"euwwww".

Setiap orang ada perspektif tersendiri mengenai kentut.Bagi aku kentut adalah bahan buangan dari segi angin yang dilepaskan apabila tidak boleh ditahan,dihalang,ditegah dan dicegah lagi.Walaupun ditahan namun ia  tetap akan keluar tanpa mengucapkan assamualaikum dan bubye dalam erti kata lain bye bye sayang..

Ianya akan menjadi wangi jika anda hanya makan makanan yang wangi seperti  sabun daia,silky girl,get easy get love dan sebagainya.Tapi kalo kari ayam,gulai,nasi lomak,nasi ayam pasti akan menghasilkan bau longkang + loji..

Prinsip aku"Jangan keluarkan angin dimana-mana tempat selain tandas".Tapi tak tahu lah korang macam mana kan.Aku rasa semua tempat korang bedal je kot.Alaaa..mengaku je lah,Jangan nak buat muka tak bersalah.hoho

Kajian di amerika syarikat mengatakan

"kentut boleh menyembuhkan macam-macam penyakit seperti sakit kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis sakit jantung dan sebagainya"

 Katanya lagi

"orang ramai mesti menyedari menghidu kentut sebenarnya menambah khasiat untuk kesihatan orang lain"

Tambahanya lagi."

"Setiap tahun dalam lingkungan 130,000 rakyat amerika syarikat pulih daripada penyakit disebabkan terhidu kentut"

"Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap tahun kentut mempulihkan 800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar,30,000 lelah dan 50,000 kes sakit telinga "

Ish2..kalo macam ni lah keadaannya.Kita buat kempen dengan slogan "kentut sepuas-puasnya,anda pasti selamat".Dan korang patut berterima kasih pada orang yang mengeluarkan angin dengan suka hati sebab dorang ni lah hero dan batman korang.Pada yang ada penyakit berbahaya or selalu pening kepala,jangan segan silu minta rakan-rakan atau family anda berikan kentut.

Songal juga orang inggeris ni.Buat kajian pasal kentut.Tapi Sekurang-kurangnya dorang bagus right!.suka mengkaji benda pelik bin polak ni.Nak harapkan orang melayu sampai bila pun kita tak tahu.Kan3.
Syabas untuk mereka




Pening kepala menanda kertas.

Assamualaikum.N.H.(nuril husna) IN THE HOUSE.Wazzup2.

Aku baru lepas layan filem korea.Aku tengok mak aku dah meleleh-leleh ayor mata menahan sebak didada.Sedih sangat ke cerita itu sampai menangis bagai nak gilo.Papepun,sebagai wanita yang berjiwa kuat dan mantop!.Aku takkan gentar.Sekarang aku nak cerita masalah budak sekolah menengah.Menanda kertas peperiksaan dorang merupakan perkara paling melucukan dalam hidup aku. Lain yang soalan tanya lain yang dijawab.Ape kejadahnya yo!.

Baru-baru ni aku menanda kertas tingkatan 4.So seperti biasa,aku akan tarik nafas dalam-dalam dan hembus bagai nak gian.Aumm..korang ade bau busuk tak.Bau apelah itu .Nafas siapa yang tak berdisiplin tuh.Contoh soalan yang ditanya dan lain pulak yang dijawab.Adelah beberapa ekor budak songal macam tahi cicak berbelang black and white  jawab soalan merapu-rapu ajo kojonyer

arahan soalan:sila isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Imam Al-Ghazali digelar ______ kerana kecekapan ,kemahsyuran dan kehebatannya membela agama islam

Ada seorang budak yang aku gelar "tengkorak kambing man".Suke hati mak tiri laki mak dia je jawab soalan yang tertera diatas.Like this!.

Jawapan yang diberikan: Supermak

Korang tengok kan cerite supermak yang dekat tv3 tu.Kan3.Masyaallah!
semput aku tengok jawapan tuh.Kopi yang aku teguk tersembur dekat muka abg aku alang-alang abg aku berhadapan dengan aku ,kalo tak ade orang dekat depan aku.Aku akan teguk kopi tuh banyak-banyak then kejar saje sesiapa yang boleh dijadikan mangsa semburan maut aku ni.Nasib baik tak kena smack down dengan abang aku.Gila betul tengkorak kambing man ni.

Soalan seterusnya.

Berikan 3 contoh makanan yang haram dimakan.

Jawapan yang diberikan:
a Babi
b Anjing
c Biskut tiger.

Kurang hasam punya budak!.Dimanakah terselitnya biskut tiger itu.Sejak bila kerajaan mengeluarkan surat pekeliling mengatakan biskut tiger tuh haram.Nak aje aku sembelih budak yang bagi jawapan ni.Orang cakap daging manusia sedap dimasak kari sambal belacan cop pelempang.Agak2 aku boleh cuba tak?.

Next question.

Karya Imam Malik r.h yang paling terkemuka ialah ______

jawapan yang diberikan: Malik's Book

extraodinary.Kalau budak yang jawab soalan ni ade dekat depan aku.suda lame aku pang! pang! sampai pengsan.Aduh penat tangan aku menanda dan menaip cerite ni dekat blog.Nak luahkan perasaan geram.Manelah tahu kan budak yang jawab soalan merapu meraban ni tiba-tiba bace blog aku.Mesti dia malu macam Lembu jantan bertemu kekasih di perantauan.hohoho (ala-ala santa claus).Banyak lagi aneka jawapan pelik2 yang diberikan oleh mereka,Cuma tangan aku suda terlalu sakit untuk menaip.

Yang paling penting.Bila aku cek muka surat terakhir.Mesti ada segelintir pelajar yang tulis

"Maaf cikgu,saya tak tahu"

"Maaf cikgu,saya nak Ter uk! uk!.So full time saya habiskan mase dengan uk! uk!."

"Maaf cikgu..Tangan saya sakit.Saya tak dapat menulis."

"Maaf cikgu,malam tadi saya tak cukup tidur,Bagi markah bonus lah yea.xoxoxoxoxox(kiss and hug)"

Ish3.Mintak markah bonus yea.Sekali cakap cikgu bersuara dan cakap

"Markah bonus".

"yeaaaa yeppppiiii yahhhhoooooo".Berteriak bagai nak gila budak-budak.Gembira sangat dapat markah bonus.

apepun..yenna puringge poda yennade satepuringge padyapa kuch kuch kotak air.Assalamualaikum.
(india muslim mari)
(p/s Gigit jari sebab pening kepala menanda kertas.Pejam celik.Pejam celik kuku aku dah tinggal ciput....)

Tapi sebelum itu gua mahu kabarin dong,saya bukan cikgu tapi saya cuma membantu ayah saya sebab dapat duit kau. .Lumayan-lumayan.

Kopi Dara dan Petir

Sedang aku sedap2 melayan kopi dara secawan pergh!..Masyuk.layan seyh.Dalam suasana hujan lebat,petir sambar menyambar.Aku dendangkan lagu yunna "oh bulan".

Oh bulan!..dan melayan diriku lagi..

booommm ke ba boommm..zaip zast zust.(petir menyambar).

Aku rasa suara aku ini sudah tahap sengau yang gaban sengau sampai petir pun mengamuk.Kalau petir tuh boleh bercakap,dia takkan sambar menyambar bila aku melalak.Mungkin petir tuh akan cakap

"Mane ade bulan siot..Ni dia petir.Amik engkau.wahahahaha."

Teruk betul kalau petir itu bilang gitu sama gua.Mau sahaja gua tamparin itu petir tapi kalau gua tamparin conform gua masuk itu ICU.Kena penyakit kentut berlazer,my urinary bladder produce electric current.hohoho.Songal sungguh cara aku merepek.

Aku peduli ape.Kau nak sambar aku sampai kena penyakit kentut berlazer pon gua kasi redah ajo.Nyanyi tetap nyanyi.Aku ambil gitar dan petik mengikut chord yang hampeh aku tak tau.Bedal sahajalah.Sambung korus yunna tadi

"Pabila air mata membasahi pipi.
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku"

Petir menyambar lagi.Kali ni mesti dia cakap

"kau lah radio minah.Sengau FM punya station,belum sampai seminit sudah bankrap.Suda berjuta-juta kali aku memerli kau dengan panahan petir yang begitu dahsyat,kau nak ape lagi.Nak aku panah petir lagi supaya kau dapat penyakit kanser otak mereng plasinasios.

Ni perumpamaan sahaja kalau petir ni boleh bercakap.Bila petir sambar menyambar time korang tengah nyanyi tu diam-diam  yea.jangan melalak macam anjing.Tak pasal-pasal kena penyakit osmolisiosisme.

Cakap pulak pasal kopi dara yang aku minum ni.Ada kisahnya yaang tersendiri.Masa sekolah rendah aku sering dipuji sebegini rupa

"eyy..una jalan cat walk"

"cara kau jalan macam model siot".

Haha.Sebenarnya cara aku berjalan mula berubah bila minum kopi dara iaitu sekitar darjah 5.Dulu mak aku merupakan bussisness woman.Dia jual alat penjagaan wanita dan macam-macam lagi but now dia cuma buat katering.So,aku sebagai anak dia yang comel ni yang selalu curi-curi barang mak aku sampai setiap kali mak aku kira stok alat-alat mekap dan sebagainya ,ade sahaja yang kurang.Nakal Tak aku

Satu hari tu mak aku letakkan stok kopi dara dekat  rak.So,dengan kaki aku yang masih pendek
aku pergi ambil kerusi dan ambil kopi dara yang aku sangap sangat nak rasa.Aku sebenarnya tak tau function kopi dara tapi disebabkan desakan nafsu yang bergelora bagaikan ombak rakus menampar tepian pantai.Aku layan jugak nafsu nakal ni tambah-tambah lagi mak aku tak ade.

Aku bancuh kopi tersebut lalu ku teguk sampai habis.Pergh!..sedap gile.So after that aku jadi ketagih minum kopi dara.Sebelum ni jalan aku seperti jantan,tak rapat dan kengkang.Sekali kena penangan kopi dara.Fulamak sis and bro

catwalk kau!!!Rapat gilo.

Angin pun tak boleh lalu kau tahu!.Aku rasa kalau pergi pasaraya pakai baju kebaya dengan jalan lenggok ni.Konfem dorang tak percaya aku darjah 5.haha..BTW.itu semua zaman dahulu kala,masa aku masih ditahap hingusan.Otak pun masih mereng tak kenal erti dunia.Sampai sekarang aku masih catwalk.Pernah sekali aku cuba try jalan macam biasa then try jalan kengkang.Waktu malam habis satu kaki aku sakit yang teramat sakit.Nak buat macam mana sudah cara jalan aku macam model hehe (perasan sudah)

(p/s.kalau ada sesiapa jual kopi dara cakap tau,nak rapatlan lagi jalan ni.hoho)

Kisah Giler Bila Berangan

Assalamualaikum N.H (Nuril Husna) Ucapkan.
Ngojo gonjeng ngopo loi,siji gedek moi poi pokan yok!..(ape entah aku cakap).

Aku baru balik dari shopping menyopping.So macam biasa bila sudah masuk bilik.Lompat macam orang gila sebab dapat baju baru,kasut baru,beg baru dan pakwe baru.hehe.Mengarutlah.Kalau dapat pakwe baru aku nak yang macam afdlin shauki.Comel2 and bole buat bantal peluk.Kalau aku dapat suami macam afdlin shauki,tiap2 malam aku akan gosok perut dia sampai aku bole terlelap.hehe

Tengah sedap lepak atas katil yang penuh empuk bagaikan katil najib tun razak.Kalau esok keluar paper nasi lemak bertajuk "katil najib kena rompak".
Paham ajo ler sapo punyo kojo itu kan.Den bukan belagok kecek nogori semilan.Tapi bonggo den negeri semilan monang yooo!..Den duduk depan televisyun bagai nak gilo terpokik terlolong.Negeri semilan menang den teruih pergi kedai beli gulo hocks.
(:negeri sembilan menang saya terus pergi kedai beli gula hacks)

Den terus memandang syiling bilik.Teringat kisah mase sekolah rendah dulu.Pakai tudung sampai tak nampak mata,terasa macam iron man pulak.Anak tudung pun sampai ke dahi.Kain sekolah singkat sampai nampak stokin.Sudahlah stokin busuk bau belacan,bukan sebab stokin aku melantak belacan tapi kapur kasut aku cap kapur belacan .(Aku penipu)

Muka comot dengan hingus sana sini.Belum lagi kalau time PJK
(Pendidikan Jasmani dan kesihatan).Pakai baju t-shirt atas pusat,skemah sungguh.Balek dari sekolah lagi sadis.Dengan beg yang penuh dengan buku.Ade satu masa aku pergi shopping dengan mak aku.time itu beg roda tengah hangat.Semua gurls2 action dengan beg roda.So aku pujuk mak aku belikan beg roda but mak aku tak nak belikan sebab nanti aku nampak macam budak-budak.Mak aku tak sedar ke yang aku ni berumur 8 tahun ,ish!.

So,biasa dalam usia lapan tahun ni aku jenis muka tak tahu malu.Aku terus pijak dan hentak lantai macam budak gedik.Tapi mak aku buat tak layan,siap cakap dekat aku lagi

"cantik tak baju t-shirt ni".

Kepala aku da berapi.korang tahu ape aku buat.
Aku berguling-guling atas lantai.bergolek kesana sini macam budak kecik yang kehilangan mak bapak

"tak kira.nak jugak.nak jugak!!".dengan air mata yang mengalir dengan begitu deras,bibir pulak terjuih 100 inci.

Yang pelayan kat situ pun sudah resah dan gelisah tengok aku but mak aku relax and cool je. Ayah aku datang and akhirnya ayah aku yang belikan.For your information.
gugurlz anak papa.hehe.

Zup! zapp! lamunan terhenti bila ada satu makhluk haram jadah masuk dalam kain.
Mak!..Naik bulu roma den.
selak sikit.aku nampak satu makhluk sedang berkeliaran lantas memberikan satu lirikan manja yang bisa meruntuhkan iman.

"LIPAS TAK GUNA...Berani sungguh kau menggoda aku..Cis!!."

tanpa melengahkan masa aku terus cari barang yang boleh dijadikan rotan.haiwan ini kena diajar berdisiplin dan menghormati orang.Tak boleh suka-suka merayap.Kau ingat dalam kain aku ni hutan belantara,midvalley,sogo,pavillion.Tell me
Tell me why,its so hard to forget u (stop it).
Aku nampak Majalah mangga,so dengan sepantas kilat tangan aku yang tak berapa nak panjang dan lebar ni mencapai that magazine.

Tapi malangnya.lipas tu sudah lari sebelum aku sempat menghempapnya dengan buku mangga.Malas pulak aku nak kejar.Tak pasal-pasal semput nanti sape nak bagi CPR.hehe
Bila tatap majalah mangga nampak muka awal ashaari.Terlintas dalam fikiran.Dengan asap berangan berkepul-kepul atas kepala otak aku ni.

"kalo Awal ashaari bagi CPR boleh jugak ni".(kidding...najis mutaleleh kate ko.).
Dengan cepat aku mengibas kepulan asap tu.

Terbayang pulak kalau asap berangan aku tu tetibe bertukar jadi kereta porche.Gelak besar aku,bibir melebar sampai telinga,Kening kiri aku angkat macam ziana zain,cuba bayang macam mana rupa aku bila buat macam tu.Tapi nanti secara automatik kereta porche akan menghempuk kepala aku yang bosar lagi keras.Memalukan betul bila tengah ghairah wat action muka macam tu and secara tiba-tiba ade benda hempuk kepala.

Terbayang pulak kalau kereta porche menghempuk kepala aku.Lepas tu aku pengsan dan bangun- bangun aku dekat hospital.Sure aku akan cakap macam ini

"saya dekat mana ni".

Kalau doktor sahkan aku hilang ingatan and bila parents aku datang jenguk.Konfem aku akan cakap macam ni
"siapa saya,kamu berdua ni siapa"

Ayat-ayat yang selalu digunakan dalam filem malaysia,tak boleh ke kalau bangun-bangun terus cakap

"saya nak sup kambing masak lembu kari ayam"

Nak lagi up.

"kamu ni siapa,saya anak sultan ahmad madagasdar sheikh al-yaman sultan south africa".

atau lagi dahsyat
"ALLAHUAKBAR,(sembelih doktor tu.maklumlah,hari raya korban tak lama lagi)

konfem terus masuk tanjung rambutan... kan3


OKEY LAH.BYE N SALAM.