Kisah Giler Bila Berangan

Assalamualaikum N.H (Nuril Husna) Ucapkan.
Ngojo gonjeng ngopo loi,siji gedek moi poi pokan yok!..(ape entah aku cakap).

Aku baru balik dari shopping menyopping.So macam biasa bila sudah masuk bilik.Lompat macam orang gila sebab dapat baju baru,kasut baru,beg baru dan pakwe baru.hehe.Mengarutlah.Kalau dapat pakwe baru aku nak yang macam afdlin shauki.Comel2 and bole buat bantal peluk.Kalau aku dapat suami macam afdlin shauki,tiap2 malam aku akan gosok perut dia sampai aku bole terlelap.hehe

Tengah sedap lepak atas katil yang penuh empuk bagaikan katil najib tun razak.Kalau esok keluar paper nasi lemak bertajuk "katil najib kena rompak".
Paham ajo ler sapo punyo kojo itu kan.Den bukan belagok kecek nogori semilan.Tapi bonggo den negeri semilan monang yooo!..Den duduk depan televisyun bagai nak gilo terpokik terlolong.Negeri semilan menang den teruih pergi kedai beli gulo hocks.
(:negeri sembilan menang saya terus pergi kedai beli gula hacks)

Den terus memandang syiling bilik.Teringat kisah mase sekolah rendah dulu.Pakai tudung sampai tak nampak mata,terasa macam iron man pulak.Anak tudung pun sampai ke dahi.Kain sekolah singkat sampai nampak stokin.Sudahlah stokin busuk bau belacan,bukan sebab stokin aku melantak belacan tapi kapur kasut aku cap kapur belacan .(Aku penipu)

Muka comot dengan hingus sana sini.Belum lagi kalau time PJK
(Pendidikan Jasmani dan kesihatan).Pakai baju t-shirt atas pusat,skemah sungguh.Balek dari sekolah lagi sadis.Dengan beg yang penuh dengan buku.Ade satu masa aku pergi shopping dengan mak aku.time itu beg roda tengah hangat.Semua gurls2 action dengan beg roda.So aku pujuk mak aku belikan beg roda but mak aku tak nak belikan sebab nanti aku nampak macam budak-budak.Mak aku tak sedar ke yang aku ni berumur 8 tahun ,ish!.

So,biasa dalam usia lapan tahun ni aku jenis muka tak tahu malu.Aku terus pijak dan hentak lantai macam budak gedik.Tapi mak aku buat tak layan,siap cakap dekat aku lagi

"cantik tak baju t-shirt ni".

Kepala aku da berapi.korang tahu ape aku buat.
Aku berguling-guling atas lantai.bergolek kesana sini macam budak kecik yang kehilangan mak bapak

"tak kira.nak jugak.nak jugak!!".dengan air mata yang mengalir dengan begitu deras,bibir pulak terjuih 100 inci.

Yang pelayan kat situ pun sudah resah dan gelisah tengok aku but mak aku relax and cool je. Ayah aku datang and akhirnya ayah aku yang belikan.For your information.
gugurlz anak papa.hehe.

Zup! zapp! lamunan terhenti bila ada satu makhluk haram jadah masuk dalam kain.
Mak!..Naik bulu roma den.
selak sikit.aku nampak satu makhluk sedang berkeliaran lantas memberikan satu lirikan manja yang bisa meruntuhkan iman.

"LIPAS TAK GUNA...Berani sungguh kau menggoda aku..Cis!!."

tanpa melengahkan masa aku terus cari barang yang boleh dijadikan rotan.haiwan ini kena diajar berdisiplin dan menghormati orang.Tak boleh suka-suka merayap.Kau ingat dalam kain aku ni hutan belantara,midvalley,sogo,pavillion.Tell me
Tell me why,its so hard to forget u (stop it).
Aku nampak Majalah mangga,so dengan sepantas kilat tangan aku yang tak berapa nak panjang dan lebar ni mencapai that magazine.

Tapi malangnya.lipas tu sudah lari sebelum aku sempat menghempapnya dengan buku mangga.Malas pulak aku nak kejar.Tak pasal-pasal semput nanti sape nak bagi CPR.hehe
Bila tatap majalah mangga nampak muka awal ashaari.Terlintas dalam fikiran.Dengan asap berangan berkepul-kepul atas kepala otak aku ni.

"kalo Awal ashaari bagi CPR boleh jugak ni".(kidding...najis mutaleleh kate ko.).
Dengan cepat aku mengibas kepulan asap tu.

Terbayang pulak kalau asap berangan aku tu tetibe bertukar jadi kereta porche.Gelak besar aku,bibir melebar sampai telinga,Kening kiri aku angkat macam ziana zain,cuba bayang macam mana rupa aku bila buat macam tu.Tapi nanti secara automatik kereta porche akan menghempuk kepala aku yang bosar lagi keras.Memalukan betul bila tengah ghairah wat action muka macam tu and secara tiba-tiba ade benda hempuk kepala.

Terbayang pulak kalau kereta porche menghempuk kepala aku.Lepas tu aku pengsan dan bangun- bangun aku dekat hospital.Sure aku akan cakap macam ini

"saya dekat mana ni".

Kalau doktor sahkan aku hilang ingatan and bila parents aku datang jenguk.Konfem aku akan cakap macam ni
"siapa saya,kamu berdua ni siapa"

Ayat-ayat yang selalu digunakan dalam filem malaysia,tak boleh ke kalau bangun-bangun terus cakap

"saya nak sup kambing masak lembu kari ayam"

Nak lagi up.

"kamu ni siapa,saya anak sultan ahmad madagasdar sheikh al-yaman sultan south africa".

atau lagi dahsyat
"ALLAHUAKBAR,(sembelih doktor tu.maklumlah,hari raya korban tak lama lagi)

konfem terus masuk tanjung rambutan... kan3


OKEY LAH.BYE N SALAM.

2 comments:

NOVA said...

hihihi.. kalo sampai la ada kes sembeleh dokctor tu.. bahaya aihh.. hihihi

selamat aidiladha dear... ^_^

Nuril Husna Azman said...

hehe..begitu lah kejamnye saya..jgn risau.sy budak baik.hoho