10 sifat yang mesti ada pada calon suami





1. Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

 
2. Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.

 
3. Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?

 
4. Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, bila berjanji tidak ditepati, lupakan saja si dia.

 


5. Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

 
6. Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

 


7. Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

 


8. Rakan pergaulannya
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

 
9. Bertanggungjawab dan setia
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab. Setia mengharungi hidup bersama walau susah mahupun senang.

 
10. Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

my story jer...

kelas td tidak mementkan lgsung tp sungguh menyeronokkan..i like klas math and add math also..tp physics..i cant catch up coz of chinese boy..very annoying nd noisy..talkative man...grrr...kelas dah bermula..aq kena berusha lebih utk yg ini..kalo form 3..aq just men2 an x serius but from now  kena lah the best..everyday ade homework but i love it..sekurgnye.aq bley hbiskan mse dgn blaja.blaja n blaja...dan aq xkan buang mase dgn bnda x berfaedah mcm update blog ni..huhu..my frenz syamil said..jgn terlalu study hard..x perlu lah..sume 2 x pentg sgt..what the hell...hello walau pepun yg hang ckp..cek x kesa k..jgn ajar cek untuk malas belajr..understand..kita kena fikir mase depan..well..mmg org kaya rmi yg pelajran x sampai menara gading..but im different u know..aq pompuan bukan lelaki..cuba satu ary nanti aq da kerja and then da kawen..and cuba bygkan kalo kena tgglkan nga suami..xkan aq masih nak mengharpkan suami..aq perlukan duit dari hasil titik peluh aq sendri...and how about kalo my husband kawen lebih dri satu..cukup sgt ke duit dye nak tampung kehidupan aq..kalo aq ditempat 2..aq kan mintak cerai..then sediakan banglo sebuah..duit 3.2 juta..kereta 5 bijik..understand..grrr..