solat tahajjud

Kepentingan solat tahajjud
sembahnyang 5 waktu adalah sembahnyang orang2 mukmin dan sembahyang tahajjud adalah sembahyang orang2 yang soleh.Menurut satu hadith Rasulullah saw Bersabda
"jika tidak kerana memberatkan ummat ku,nescaya aku wajibkan tahajjud keatas mereka"

yang menjadi kelemahan kita adalah berdoa.Dengan berdoa kita menzahirkan kelemahan diri dan menzahirkan kekuatan Allah swt.Dengan berdoa barulah segala usaha kita akan ada roh.solat ditengah malam amatlah dihargai tetapi sedikit bilangan orang yang mengerjakannya. 
Kelebihan solat tahajjud
kata jibrail as:
"Tidak syak lagi lagi kebesaran seseorang mukmin adalah didalam tahajjudnya.Kemuliaannya adalah didalam keredhaannya dan kesabarannya"

jika dilakukan sembahnyang dengan istiqamah maka allah swt akan memberi 3 ganjaran:
1)dapat lidah yang hikmah
2)diangkat kedarjat wali
3)lepas dari kesakitan ketika sakaratul maut

Solat sunat dua rakaat ditengah malam adalah lebih berharga dari dunia dan seisi kekayaannya.teruskanlah solat tahajjud kerana ia adalah perjalanan orang2 yang soleh dan cara mendekati Allah swt.Solat tahajjud ,menjauhkan dosa,menyebabkan dosa terampun dan menyihatkan badan.

  • seseorang yang solat dua rakaat bersendirian dengan tidak ada sesiapapun kecuali Allah swt dan para malaikatNya sahaja yang melihat dia dan api nerakan tidak akan menyentuhnya.
  • Allah swt mendekati para hambanya di akhir malam
  • kehormatan dan kemuliaan seorang mukmin adalah di dalam solat tahajjudnya
  • solat tahajjud akan dapat menghilangkan penyakit dari tubuh badan
  • Menurut Syaqiq Balkhi,5 paerkara dapat diperolah melalui 5 saluran:
1.berkat rezeki melalui isyraq
2.cahaya di dalam kubur melalui tahajjud.
3.mudah menjawab munkar dan nakir melalui tadarus al-quran
4.mudah melalui titian sirat melalui puasa dan sedekah
5.sebuah bilik dibawah naungan Arasy ilahi melalui zikrullah(zikir)

  • Allah swt suka melihat 3 perkara:
1.sebarisan orang yang solat berjemaa
2.seseorang yang sibuk dengan solat tahajjud di tengah malam
3.seseorang yang berjuang dijalannya
  • diantara wasiat Allah kepada Rasulullah saw semasa baginda naik ke mikraj ialah:
        "Selalulah sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu adalah beserta tahajjud."
  • Para ahli tahajjud akan diberikan pakaian syurga dan kuda terbang yang tali kekangnya dari rubi dan mutiara.Bila ahli syurga bertanya,bagaimana mereka memperoleh darjat itu,maka dijawab:
           "sesungguhnya mereka2 itu solat tahajjud ketika kamu semua nyenyak tidur"
barangsiapa sembahyang tahajjud dan membaguskannya akan memperoleh 9 kurnia.
 
1.Allah swt memeliharanya dari segala bahaya
     2.dinampakkan tanda2 taat pada wajahnya
     3.dicintai dihati orang mukmin dan manusia seluruhnya
     4.perbicaraannya berisi hikmah
     5.dijadikan fikirannya bijaksana
     6.dibangkitkan dari kubur dengan wajah yang bercahaya
     7.dipermudahkan hisab di akhirat'
     8.melintas titian sirat sepantas kilat
     9.diberi buku catatan amalan dari tgn kanan yang bermaksud syurga baginya..jika dari tgn kiri  bermaksud neraka untuknya
    • Para tahajjud akan menduduki tingkat tertinggi di syurga yang bangunannya boleh ditembusi cahaya
    • Sembahyang tahajjud adalah seolah-olah sedekah yang dilakukan secara bersembunyi
    • Sesiapa sembahnyang tahajjud di dalam keadaan berlapar maka para bidadari akan datang mengelilinginya.
    • Orang2 yang sentiasa sembahyang tahajjud akan diseru masuk syurga tanpa hisab
    • Allah swt amat suka dan cinta kepada sesiapa yang mengosongkan tempat tidurnya dengan menghabiskan waktu dengan bertahajjud