pemenang anugerah pelakon wanita terbaik.

halluwwwwwwww!.kopi ke milo.hallo.erm.as usual suda lame tak update blog.mungkin korang tertanya-tanya siapakah pemenang PELAKON WANITA TERBAIK .hehe.korang ikuti kisah ini dahulu.

time ni aku still di sekolah rendah kira2 darjah 6 seingat aku lah.korang tahu kan darjah 6 adalah senior sekolah rendah dan bakal menghadapi UPSR tapi budak hingusan macam aku ni sangatlah pemalas.Kadang2 tu ada la semangat baca buku then amik buku=>tido.Korang pun macam tu kan.Time ni bangga jadi senior tapi action macam budak tak ambil UPSR macam kepala otak aku ni ada 10 gib yang boleh kumpul semua fakta pelajaran.ini la namanya budak tak sedar diri.

Dalam satu hari tu mak aku pun bawak lah aku pergi ke sekolah.Time sekolah rendah kena sampai sekolah before 7.20.tapi budak semalas aku bangun pukul 6.45 and sampai sekolah pukul 7.30.Dalam kepala otak aku suda terngiang-ngiang muka cikgu aku yang bernama Cikgu H.Mesti tangan standby dengan rotan.ADUH!gawat ni.Tapi aku terpaksa jugak pergi sebab mulut mak aku dah bising macam cengkerik.Nak dijadikan cerita,aku dah sedia nak lintas jalan raya untuk masuk ke sekolah,tibe-tibe!..ppprekkk.kereta proton perdana yang mak aku bawak tu langgar kaki aku actually tak sakit pon tapi disebabkan tak nak sekolah punya pasal dengan pantas aku pura-pura jatuh dan meraung.Mak aku lak da nervous,aku memandang wajah ibuku dengan penuh hiba then dan sadis mengalir la air mata olok-olok."UMMI..kaki una sakit!!".Mak aku terus angkat aku bawa masuk dalam kereta.U know.balik je rumah aku dilayan seperti Raja,kaki aku kena urut tambah pulak mak aku masak japanese food.pergh!!.Bagai dunia aku yang punya.seronok tu seronok jugak tapi rasa sebersalah gak,sampai sekarang mak aku tak tahu cerita sebenar,kalau mak aku baca entry aku ni.konfem kena hempuk!lepas ni.BTW.sorry ummi.Ummi baik kan,tak baik mara-mara nanti cepat tua.hehe

pemenang anugerah pelakon wanita terbaik:saya la tu.hehe