Ramadhan itu indah

Kita sedia maklum bahawa semua umat islam sedang berpuasa tetapi kita juga sedar bahawa ada segelintir pihak yang bertopengkan syaitan,diluar mereka berlagak seperti orang yang sedang berpuasa tapi tup2 makan 3 pinggan nasi,air satu balang.Saya pernah update status di facebook mengatakan bahawa


"doa yang tidak akan ditolak"
=>berpuasa dari pagi hingga akhirnya iaitu waktu berbuka.


perkara ini memang tidak dinafikan lagi.Apatah lagi jika seseorang dikhianati.Zaman dahulu kala umat islam kita bertaruh nyawa  ketika bulan ramadhan iaitu perang badar dan kemenangan juga berpihak kepada umat islam.Kesukaran mereka lagi besar berbanding kita yang hanya perlu menahan lapar dan dahaga.Disini saya nak selitkan kelebihan bulan ramadhan.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- .


Bila bulan puasa ,semua kejahatan korang akan jauhi macam benda ni kan3
contoh 1:
 macam perempuan bila bulan puasa korang semua pakai tudung tapi sebelum itu free hair.
contoh 2:
sebelum puasa bagi yang lelaki tak jejak ke masjid bila sudah sampai bulan puasa baru mahu datang


perkara ni memang tidak patut .Sepatutnya korang juga kena menurut perintah Allah ketika bulan selain ramadhan juga.Apatah lagi jika seseorang itu berpuasa tapi tak solat.Dari pagi hingga maghrib korang menahan lapar dan dahaga tetapi mengapa tidak menunaikan solat.Adakah ramadhan anda bererti.Saya masukkan sedikit hadis disini


Syaikh Muhammad bin Sholih Al 'Utsaimin -rahimahullah- pernah ditanya: "Apa hukum orang yang berpuasa namun meninggalkan solat?"


Beliau rahimahullah menjawab:

"
Puasa yang dilakukan oleh orang yang meninggalkan solat tidaklah diterima kerana orang yang meninggalkan solat adalah kafir dan murtad. Dalil bahawa meninggalkan shalat termasuk bentuk kekafiran adalah firman Allah Ta'ala,



Ada sesetengah sahabat nabi berpendapat meninggalkan solat merupakan satu kekafiran seperti sabdaan Rasulullah dibawah:
"Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah mengenai solat. Barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir." (HR. Ahmad, At Tirmidzi, An Nasa'i, Ibnu Majah. Dikatakan shahih oleh Syaikh Al Albani)


Oleh sebab itu apabila seseorang berpuasa namun dia meninggalkan solat, puasa yang dia lakukan tidaklah sah (tidak diterima). Amalan puasa yang dia lakukan tidaklah bermanfaat pada hari kiamat nanti.
Apa kata daripada korang semua sedang syok sakan nak beraya cuba-cuba pergi sembahyang terawih,solat tahajjud.Kita rebut ganjaran besar ni beramai-ramai.