Azab seorang anak derhaka dan penagih dadah


Basmalah.
kejadian ini berlaku di kampung aku sendiri.Sabak Bernam.Aku telah menemu ramah mokcikku sendiri walhal dia merupakan rakan kepada kakak jenazah.Aku tak pasti bila kejadian ini berlaku tapi cukuplah sekadar korang jadikannya sebagai pengajaran.Aku hanya menulis berdasarkan apa yang diceritakan jika ada unsur tokok tambah.maaf dipinta.Wallahualam


allayarham seringkali melawan cakap ibu bapanya dan merupakan seorang penagih dadah.Allayarham dilahirkan dalam keluarga yang susah sehingga suatu masa dia kesempitan wang,pada mulanya dia meminta wang daripada ibunya semata-mata ingin membeli dadah tetapi ibunya tidak menuruti permintaannya kerana ketiadaan wang,dia mengambil keputusan untuk mengambil gas didapur,namun dihalang oleh ibunya kerana itu sahaja yang ada untuk kegunaan seharian tambah2 lagi dengan keadaan ekonomi ibu bapanya yang susah.Ketika dihalang,allayarham menolak ibunya sehingga jatuh.Berlaku pertelingkahan antara mereka


Hasil daripada menjual gas tersebut,terlunas juga hajatnya untuk membeli dadah.Allayarham merancang untuk ke sungai besar bersama  rakannya dengan menaiki motor.Pulang sahaja daripada sungai besar allyarham bersama rakannya terbabit dalam insiden,dikhabarkan bahawa mereka dilanggar oleh sebuah van.Ketika insiden itu berlaku,allayarham terpelanting ke atas bumbung surau.Dalam keadaan nazak,allayarham jatuh menyembah bumi.Nyawanya tersekat dibahagian kerongkong.Begitu perit azab yang dialaminya pada ketika itu sehingga allayarham mengeluarkan najis yang amat busuk.Allyarham meninggal sewaktu dalam perjalanan  ke hospital.(diceritakan oleh mereka yang berada disurau)


Setelah allayarham selesai dimandi,dikafan dan disembahyangkan.Allayarham dibawa ke tanah perkuburan.Ketika  hendak diangkat untuk dimasukkan kedalam liang lahad,mayat begitu berat  sehingga 20 orang yang mengangkatnya masih terasa berat.Apabila dibacakan beberapa surah akhirnya allayarham dapat diangkat.


Ketika mayat hendak dimasukkan ke liang lahad.air keluar dari bawah tanah dan ruang liang lahad menjadi sempit.Penggali kubur mengorek kubur tersebut namun apabila jenazah hendak dimasukkan ia menjadi kecil semula sehingga kubur tersebut digali sebanyak 3 kali.Waktu menjelang malam.Orang kampung terpaksa membengkokkan badan allayarham lalu dimasukkan kedalam liang lahad.


Selepas daripada itu. Roh allayarham seringkali pulang ke rumah meminta ampun daripada ibunya dan mengganggu seluruh isi rumah selama beberapa hari.Akibat tidak tahan dengan gangguan tersebut,ibu bapa allayarham bersama dengan orang kampung sedekahkan surah yasin buat allayarham dan ibunya juga telah mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh anaknya.Semenjak itu arwah tidak menggaggu lagi.


Setiap yang berlaku ada iktibar.Hormati  ibu bapamu dan jagalah hati mereka,sesungguhnya haram bagi seorang anak itu menyakiti ibu bapanya.Syurga dibawah telapak kaki ibu dan jangan sekali-kali kamu melakukan larangan Allah seperti menghisap dadah,kerana ia sama seperti kamu ingin mencampakkan dirimu ke lembah neraka.