Keistimewaan menjaga solat dan Azab meringankan solat

Assalamualaikum
Solat merupakan satu kewajipan kepada semua umat islam.Jika seseorang itu meninggalkan solatnya dia dianggap sebagai golongan yang fasiq dan akan diseksa selama 28 juta tahun dineraka.Satu hari diakhirat bersamaan 1000 tahun didunia.Mampukah korang bertahan diseksa dan diazab dengan begitu lama.Memanglah semua umat islam akan masuk syurga tetapi setelah kita diazab dan diseksa dengan begitu lama diakhirat.Solat merupakan tiang agama.Sesetengah ulama berkata bahawa terdapat dalam hadith bahawa sesiapa yang menjaga solahnya maka Allah akan mengurniakan 5 keistimewaan.

  • 1.diangkat kesempitan hidup didunia.
  • 2.dihindarkan daripada azab kubur.
  • 3.menerima buku catatan amalannya dari tangan kanan.
  • 4.melintasi titian sirat sepantas kilat.
  • 5.memasuki syurga tanpa hisab.

Manakala sesiapa yang meringan-ringankan solatnya  dengan 15 seksaan iaitu 5 seksaan di dunia,3 seksaan ketika meninggal dunia,3 seksaan dialam kubur dan 3 seksaan semasa dibangkitkan dari alam kubur.

5 seksaan dunia:
  • 1.dicabut keberkatan umurnya
  • 2.dihapuskan tanda-tanda orang soleh dari wajahnya
  • 3.Allah tidak mengganjari setiap amalan yang dilakukan olehnya
  • 4.doanya tidak akan diangkat kelangit(doanya tidak akan diterima)
  • 5.dia tidak akan mendapat bahagian dalam orang soleh.

3 seksaan ketika meninggal dunia
  • 1.mati dalam keadaan hina
  • 2.mati dalam keadaan lapar
  • 3.mati dalam keadaan dahaga sehingga diberi minuman sebanyak lautan didunia pun tak dapat menghilangkan hausnya

3 seksaan dialam kubur
  • 1.kubur akan menghimpitnya sehingga tulang2 rusuknya akan berceragah antara satu sama lain.
  • 2.api akan dinyalakan di dalam kuburnya dan dia akan dibalik-balikkan diatas bara api siang dan malam
  • 3.Seekor ular besar bernama ASHSYUJA 'UL-AQRA' akan dilepaskan keatasnya.Kedua-dua mata ular dibuat daripada api dan kukunya diperbuat daripada besi.Panjang kukunya sejauh satu hari perjalanan.Ular tersebut akan berkata dengan suara gemuruh umpama petir    
       "Aku Ashsyuja'Ul-Aqra'.Aku diperintah oleh tuhanku untuk memukul kamu kerana   meninggalkan solat subuh  sehingga naik matahari,kerana meninggalkan solat zuhur hingga asar,kerana meninggalkan solat asar hingga maghrib,kerana meninggalkan solat maghrib hingga isyak kerana meninggalkan solat isyak hingga subuh" 

      setiap kali ular itu memukulnya dia akan terbenam kedlm bumi sejauh 
      70 hasta dan akan diazab secara berterusan sehingga hari kiamat.                                  

3 Seksaan ketika dibangkitkan dari alam kubur,di padang mahsyar:
  • 1.penghisabannya amat berat.
  • 2.dia akan dimurkai oleh Allah.
  • 3.dia akan dimasukkan ke dalam api neraka .            

Persoalannya dalam hadis ini hanya menyebut 14 seksaan dan dimanakah 1 lagi seksaan?.Dalam satu riwayat lain mengatakan barangsiapa melalaikan pada hari kiamat kelak akan datang dalam keadaan muka mereka tertulis tiga baris tulisan
  • 1.wahai orang yang mensia-siakan hak Allah
  • 2.wahai orang yang pasti mendapat kemurkaan Allah
  • 3.sebagaimana kamu didunia mensia-siakan hak Allah,kini putuslah harapan kamu mendapat rahmat Allah                                                      
Rasulullah S.A.W bersabda:
     
       "sesungguhnya perkara yang mula dihisab dari amalan manusia pada hari kiamat nanti adalah solat"(fardu lima waktu)."

*jadi apa yang tunggu lagi,berusahalah untuk menjadi mukmin sejati,jangan gunakan pelbagai alasan untuk meninggalkan solat ataupun sengaja meninggalkan solat.Sedarlah dunia ini hanya sementara dan nikmat yang kita ada seperti tubuh badan harta dan segalanya adalah milik Allah,kita hanya meminjam daripadaNya buat sementara.Jika anda masih hidup syukurlah kerana Allah masih bagi peluang untuk anda bertaubat dan pintu taubat masih lagi terbuka,itulah bukti Allah Maha Penyayang.Semoga kita digolongkan dalam golongan Anbia dan solihin.

*Saya juga insan yang lemah dan seringkali melakukan kesilapan.Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna.Tetapi selagi pintu taubat masih terbuka,selagi itulah kita perlu sentiasa bertaubat dan menunaikan kewajipan.Masih belum terlambat untuk kamu kembali kepangkuan Allah.Sesungguhnya Allah tidak pernah melupakan hambanya tetapi kita yang sering melupakan Allah dan ingatlah bahawa Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.

Perbualan Nafsu dan Allah S.W.T

Allah menciptakan nafsu,sepeti yang korang tau lelaki ada 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu..fuyoo banyak kan perempuan..untung lah jadi perempuan.hee..tapi beruntung JUGAK jadi lelaki sebab x payah mengandung..untung lah jadi lelaki..hee..secara kesimpulannya..jadi laki or perempuan dua2 untung..bersyukurlah dengan nikmat Allah..sesungguhnya kita adalah sebaik-baik ciptaan..straight to the point.


 Allah menciptakan nafsu dan berfirman kepadanya yang bererti: 


"Wahai nafsu, mengadaplah kamu!".Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : 


"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata,


"Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."  


Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bererti:


"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' (lapar) selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang ertinya:


"Siapakah engkau dan siapakah Aku?".Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata,


" Aku adalah hamba-Mu dan Engkau adalah Tuhanku." 


Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah Allah S.W.T mewajibkan puasa.Dengan puasa kita boleh melawan nafsu yang bergelora dan menghindarkan diri daripada melakukan larangan Allah..
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat, oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu men
gawal kita, sebab kalau ia mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.Tuntas bicara,jika kamu sering dihanyut nafsu yang bergelora banyakkan isgtifar dan jangan sesekali meninggalkan kewajipan sebagai umat islam seperti solat dan sebagainya.Perbanyakkan amalan sunat untuk mengukuhkan lagi keimanan. 



.Betapa sombongnya nafsu.Nafsu bekerjasama dengan syaitan untuk menguasai diri kita.Belajarlah untuk mengawal nafsu,bila ia tidak dikawal,selamanya nafsu akan mengawal kita,Dan bila kita berjaya mengawalnya.Alhamdulillah syaitan tewas ditangan kita.salam muhibah.semoga berjaya didunia dan akhirat