kepelbagaian zikir membawa kejayaan


Assalamualaikum..tak jawab dosa..kalo jawab dalam dalam hati means u rindu if jawab dgn penuh semangat tanda sayang..hehe..

bila tengok secara keseluruhan my blog ni ade yang suke merepek meraban maklumlah empunya blog pun samo :p..ok ler..saya sebenarnya nak share pasal zikir...as u know..basenye waktu sekolah rendah cikgu mesti akan suruh kita bace asma ul husna setiap kali perhimpunan kan?..kan?kan?kan?.:p.kalo ingat Bagus!..tapi kalu tak...hermm..tak lame lagi la tu..hehe..banyak big secret disebalik zikir asma ul husna ni..eko sumo nak tahu apo dio..baco ler..

1.Disayangi semua orang.
ucapkanlah YA-RAHIM 100 kali setiap selesai solat subuh.Insyaallah akan disayangi dan disukai orang..

2.Supaya cinta berbalas
apabila seseorang ucapkan zikir YA-WAJID dan dihembuskan kedalam air,kemudian air itu diberikan kepada orang yang dicintai,insyaallah,orang yang dicintai akan mencintainya juga.

3.Mulia didunia dan diakhirat
ucapkanlah YA-KARIM sebanyak 270 kali sebelum tidur,insyaallah dia akan mulia di dunia dan akhirat dan darjatnya juga akan diangkat.

4.Agar hajat tercapai
  1. ucapkanlah YA-SAMI' .sebanyak 100 kali selepas manunaikan solat zuhur pada hari Khamis,kemudian menahan diri daripada bercakap dengan orang lain.Insyaallah hajat yang baik akan tercapai
  2. ucapkan YA-RAFI' sebanyak 20 kali sehari semalam,insyaallah hajat akan tercapai.
5.Menambahkan keimanan
ucapakan YA-MUKMIN dan jadikan sebagai wirid..

6.Kembali ke jalan yang benar 
barangsiapa yang banyak melakukan maksiat dan sifat tercela,maka ucapkanlah YA-GHANI sebanyak 70 kali setiap hari dengan niat hendak meninggalkan perkara mungkar(maksiat),insyaallah dia akan kembali ke jalan yang benar..

7.Ditunjukkan jalan kejayaan
siapa mengucapkan YA-KHOFID 300 kali sambil menadah tangan kemudian menyapukan ke wajahnya,insyaallah dia akan menemui jalan2 kejayaan di dunia dan akhirat

8.Dosa diampunkan oleh Allah
sesiapa yang merasa dirinya pernah melakukan maksiat maka ucaplah zikir YA-GHAFFAR dengan bersungguh-sungguh,nescaya dosa dan kesalahan akan diampuni Allah.

9.Kubur akan bercahaya
sesiapa yang ingin kuburnya diterangi cahaya keimanan ucapkanlah YA-NUR sebanyak 111 kali setiap kali selesai solat jumaat,insyaallah kuburnya akan terang dan jasad dan jiwanya akan mendapat cahaya keimanan.

10.Menghilangkan keraguan terhadap kekuasaan Allah
ucapkanlah YA-ZAHIR 21 kali setiap selesai solat subuh,insyaallah cahaya kebenaran akan masuk kedalam hatinya.

11.Mudah memahami sesuatu
ucapkan YA-HAKIM sebanyak 99 kali pada bila-bila waktu,insyaallah dia kan lebih bijak dan mudah memahami.

12.Agar syaitan tidak berani menghampiri
ucapkan YA-MUKMIN.sebanyak 136 kali setiap hari insyaallah Nur islam akan memancar di wajahnya dan syaitan tidak berani menghampirinya

13.Dikurnia kekayaan
barangsiapa mengucapkan YA-WAKIL sebanyak 66 kali setiap hari.insyaallah dia akan dikurnia kekayaan yang banyak.

14.perempuan akan bertemu jodoh
ucapkan YA-LATIF sebanyak 133 kali dan sapukan ke muka,insyaallah akan menemui jodohnya.

Pokoknya ya...semua ini perlu diiringi dengan kesungguhan dan tawadduk..insyaallah zikir yang anda amalkan akan berkesan...example like me yeyh.. saya memang hampeh pemalas nak pegang buku..sehari sebelum mengambil keputusan PMR barulah saya nak berdoa dan mohon pada Allah,saya hanya amalkan zikir numberr 4 iaitu agar hajat tercapai kemudian saya berdoa,saya berdoa agar PMR saya dapat bla bla A(taknak cakap bape A) dan dapat masuk kelas aliran sains.Alhamdulillah apa yang saya hajat dipenuhi oleh Allah.

 

1 comment:

Anonymous said...

untuk yg zikir no 4 tu, 20 kali sehari semalam maksudnya mcm mana ya ? :)