kISAH DI SOGO.

siji= 1
loro=2
telu=3
papat=4

ingat bahasa jowo ni!..gua akan guna dalam entry kali no

Di sogo:

gua gile shopping.dalam bab pemakaian gua memang titik beratkan tetapi kalau setakat nak keluar rumah kat batang kali macam pengemis termuda pun gua bedal sebab gua fikir setakat pergi kedai cik kiyah watpe nak cun melecun.kalau selekeh pun tetap ada orang ngorat.

so sekarang gua di sogo.gua punya cerita panas yang mampu menghangitkan malam anda.

sekitar pukul papat petang gua dengan jalan macam model memakai skirt hitam,hijab hitam,baju purple jenama cheetah,kasut 4 inci keluaran rorine,gelang mutiara.Dengan penuh bangga melintasi jalan menuju ke sogo disambut dengan red carpet dan wartawan handalan(salesman)..aku cuba action like a DIVA .aku bersama mummy ku tercinta.biasa la kalau perempuan jalan tak hengat dunia sampai satu masa

gua jumpa dompet jenama gucci and said"ummi nak dompet ni ".tapi mak gua diam.biasa dia akan bagi respon.
"ambik je la",
"berapa harga benda alah 2".
"meh cni ummi tengok jap",
"yuh!!! cantik ke"(tangan didada mata pusing 360 darjah)
"hang beli lah sendiri"
 "ko tak de jenama yang lebih terrorrrrr! ke nak beli,"


but still no respon dari mak gua.bibir gua da muncung bebelasdepaincikilometerwalt..
gua pegang tangan mak gua tanda kasih sayang,tapi sedikit pun tak pandang muka mak gua.Kan gua dekat sogo bebola mata pon melilau sampai tak ade masa nak tengok orang lain,ada satu masa gua jalan punya jalan dahi terhantuk dinding.bak kata orang berhati-hati di kaki sepoloh shopping mall,biar buta asal selamat.anda mampu mengubahnya...hehe

Gua ikut sahaja mak gua sampai ke satu tempat mak gua lepaskan tangan gua


dengan sepintas lalu gua kibaskan hijab hitam memandang mummy gua..ala2 iklan rejoice,gosok2 je pasti beralun.

korang tahu ape aku tengok.Seorang makcik memakai jubah atau abaya seperti mak datin dan di sebelah dia seorang lelaki yang sungguh kacak memakai kemeja kotak2 dan berseluar jin,memakai jam switch, sedang tersenyum melihat gua.lelaki idaman! lelaki idaman,lelaki idaman!

"ada apa dik"mokcik tuh cakap.

"maaf cik,silap emak saiz badan sama 70-70-70".gua bilang, tapi yang saiz badan tuh gua tak cakap la.mahu! kena kasut tumit 5 inci,tak pasai2 jadi macam cerita STILETTO,habis kena tuduh buat hubungan luar tabiii.keh keh keh

jadi dari tadi tangan yang gua pegang berejam jam tuh mok cik tu.dengan penuh malu aku lari dan cari mak aku.lelaki idaman yang aku cakap tadi hanya tersenyum melihat aku,wah gigi dia bersinar macam model colgate,"Gunalah colgate pasti mensyilau" .hehe.

gua masih sebok cari mak gua bagai kucing mati suami.Akhirnya aku nampak mak aku dekat KFC di PERTAMA.Jauh beno.sebelum itu pantun untuk korang

pergi sogo gua sesat,
jumpa dengan 70-70-70,

tunggu masa gua nak mencekik,
babai gua nak memboyotkan perut,


 teringin nak buncit tapi nisbah lelaki 1:37 babe.gua tak nak jadi andartu.he he he