Ramadhan itu indah

Kita sedia maklum bahawa semua umat islam sedang berpuasa tetapi kita juga sedar bahawa ada segelintir pihak yang bertopengkan syaitan,diluar mereka berlagak seperti orang yang sedang berpuasa tapi tup2 makan 3 pinggan nasi,air satu balang.Saya pernah update status di facebook mengatakan bahawa


"doa yang tidak akan ditolak"
=>berpuasa dari pagi hingga akhirnya iaitu waktu berbuka.


perkara ini memang tidak dinafikan lagi.Apatah lagi jika seseorang dikhianati.Zaman dahulu kala umat islam kita bertaruh nyawa  ketika bulan ramadhan iaitu perang badar dan kemenangan juga berpihak kepada umat islam.Kesukaran mereka lagi besar berbanding kita yang hanya perlu menahan lapar dan dahaga.Disini saya nak selitkan kelebihan bulan ramadhan.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- .


Bila bulan puasa ,semua kejahatan korang akan jauhi macam benda ni kan3
contoh 1:
 macam perempuan bila bulan puasa korang semua pakai tudung tapi sebelum itu free hair.
contoh 2:
sebelum puasa bagi yang lelaki tak jejak ke masjid bila sudah sampai bulan puasa baru mahu datang


perkara ni memang tidak patut .Sepatutnya korang juga kena menurut perintah Allah ketika bulan selain ramadhan juga.Apatah lagi jika seseorang itu berpuasa tapi tak solat.Dari pagi hingga maghrib korang menahan lapar dan dahaga tetapi mengapa tidak menunaikan solat.Adakah ramadhan anda bererti.Saya masukkan sedikit hadis disini


Syaikh Muhammad bin Sholih Al 'Utsaimin -rahimahullah- pernah ditanya: "Apa hukum orang yang berpuasa namun meninggalkan solat?"


Beliau rahimahullah menjawab:

"
Puasa yang dilakukan oleh orang yang meninggalkan solat tidaklah diterima kerana orang yang meninggalkan solat adalah kafir dan murtad. Dalil bahawa meninggalkan shalat termasuk bentuk kekafiran adalah firman Allah Ta'ala,



Ada sesetengah sahabat nabi berpendapat meninggalkan solat merupakan satu kekafiran seperti sabdaan Rasulullah dibawah:
"Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah mengenai solat. Barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir." (HR. Ahmad, At Tirmidzi, An Nasa'i, Ibnu Majah. Dikatakan shahih oleh Syaikh Al Albani)


Oleh sebab itu apabila seseorang berpuasa namun dia meninggalkan solat, puasa yang dia lakukan tidaklah sah (tidak diterima). Amalan puasa yang dia lakukan tidaklah bermanfaat pada hari kiamat nanti.
Apa kata daripada korang semua sedang syok sakan nak beraya cuba-cuba pergi sembahyang terawih,solat tahajjud.Kita rebut ganjaran besar ni beramai-ramai.

ENGKAU ADALAH YANG TERBAIK SEPERTI BAPAKU


  1. DALAM kesibukan mengulang kaji pelajaran ada yang masih prihatin terhadap aku
  2. MESKIPUN aku tidak mengendahkan dirimu tapi kau tetap setia menunggu disini
  3. SENTIASA dekat dan tidAK pernah jauh
  4. KERAP ada ketika aku kesedihan.
  5. LEBIH memahami perangai dan jiwa wanita gila-gila seperti aku
  6. CARING tidak kira apa jua berlaku
  7. SETIA walaupun berpuluh datang bertamu
  8. PENCERAMAH TERHEBAT untuk menjadikan aku wanita solehah
  9. PENYAYANG walaupun kadang kala disakiti oleh aku
  10. PENYABAR walika ditengking oleh aku
  11. BAIK HATI dalam menguruskan wanita keras hati seperti aku
  12. BIJAK dalam mengambil hati
  13. MENJAGA SENSITIVITI aku walaupun aku tidak pernah menjaga perasaan kau
  14. PENDORONG TERUNGGUL untuk membawa ku kepada cinta illahi
  15. SOPAN pada ibu bapa aku dan yang paling utama ibu bapa kau
  16. TIDAK BERANI menyentuh aku walau sekali kerana sikapmu yang begitu menghormati wanita
  17. JUJUR dalam setiap tutur bicara.
  18. KATA CINTA bukan dari bibir kau ungkapkan tapi dari sikap yang kau luhurkan
  19. MENGAMBIL BERAT tentang makan,minum,tidur,kerja dan segala urusan aku DAN
ENGKAULAH LELAKI TERHEBAT DALAM SEJARAH HIDUPKU DAN YANG PALING UTAMA AKU TIDAK AKAN SIA-SIAKAN KAU.TERIMA KASIH KEKASIH PENAWAR SYURGA

pemenang anugerah pelakon wanita terbaik.

halluwwwwwwww!.kopi ke milo.hallo.erm.as usual suda lame tak update blog.mungkin korang tertanya-tanya siapakah pemenang PELAKON WANITA TERBAIK .hehe.korang ikuti kisah ini dahulu.

time ni aku still di sekolah rendah kira2 darjah 6 seingat aku lah.korang tahu kan darjah 6 adalah senior sekolah rendah dan bakal menghadapi UPSR tapi budak hingusan macam aku ni sangatlah pemalas.Kadang2 tu ada la semangat baca buku then amik buku=>tido.Korang pun macam tu kan.Time ni bangga jadi senior tapi action macam budak tak ambil UPSR macam kepala otak aku ni ada 10 gib yang boleh kumpul semua fakta pelajaran.ini la namanya budak tak sedar diri.

Dalam satu hari tu mak aku pun bawak lah aku pergi ke sekolah.Time sekolah rendah kena sampai sekolah before 7.20.tapi budak semalas aku bangun pukul 6.45 and sampai sekolah pukul 7.30.Dalam kepala otak aku suda terngiang-ngiang muka cikgu aku yang bernama Cikgu H.Mesti tangan standby dengan rotan.ADUH!gawat ni.Tapi aku terpaksa jugak pergi sebab mulut mak aku dah bising macam cengkerik.Nak dijadikan cerita,aku dah sedia nak lintas jalan raya untuk masuk ke sekolah,tibe-tibe!..ppprekkk.kereta proton perdana yang mak aku bawak tu langgar kaki aku actually tak sakit pon tapi disebabkan tak nak sekolah punya pasal dengan pantas aku pura-pura jatuh dan meraung.Mak aku lak da nervous,aku memandang wajah ibuku dengan penuh hiba then dan sadis mengalir la air mata olok-olok."UMMI..kaki una sakit!!".Mak aku terus angkat aku bawa masuk dalam kereta.U know.balik je rumah aku dilayan seperti Raja,kaki aku kena urut tambah pulak mak aku masak japanese food.pergh!!.Bagai dunia aku yang punya.seronok tu seronok jugak tapi rasa sebersalah gak,sampai sekarang mak aku tak tahu cerita sebenar,kalau mak aku baca entry aku ni.konfem kena hempuk!lepas ni.BTW.sorry ummi.Ummi baik kan,tak baik mara-mara nanti cepat tua.hehe

pemenang anugerah pelakon wanita terbaik:saya la tu.hehe