Kopi Dara dan Petir

Sedang aku sedap2 melayan kopi dara secawan pergh!..Masyuk.layan seyh.Dalam suasana hujan lebat,petir sambar menyambar.Aku dendangkan lagu yunna "oh bulan".

Oh bulan!..dan melayan diriku lagi..

booommm ke ba boommm..zaip zast zust.(petir menyambar).

Aku rasa suara aku ini sudah tahap sengau yang gaban sengau sampai petir pun mengamuk.Kalau petir tuh boleh bercakap,dia takkan sambar menyambar bila aku melalak.Mungkin petir tuh akan cakap

"Mane ade bulan siot..Ni dia petir.Amik engkau.wahahahaha."

Teruk betul kalau petir itu bilang gitu sama gua.Mau sahaja gua tamparin itu petir tapi kalau gua tamparin conform gua masuk itu ICU.Kena penyakit kentut berlazer,my urinary bladder produce electric current.hohoho.Songal sungguh cara aku merepek.

Aku peduli ape.Kau nak sambar aku sampai kena penyakit kentut berlazer pon gua kasi redah ajo.Nyanyi tetap nyanyi.Aku ambil gitar dan petik mengikut chord yang hampeh aku tak tau.Bedal sahajalah.Sambung korus yunna tadi

"Pabila air mata membasahi pipi.
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku"

Petir menyambar lagi.Kali ni mesti dia cakap

"kau lah radio minah.Sengau FM punya station,belum sampai seminit sudah bankrap.Suda berjuta-juta kali aku memerli kau dengan panahan petir yang begitu dahsyat,kau nak ape lagi.Nak aku panah petir lagi supaya kau dapat penyakit kanser otak mereng plasinasios.

Ni perumpamaan sahaja kalau petir ni boleh bercakap.Bila petir sambar menyambar time korang tengah nyanyi tu diam-diam  yea.jangan melalak macam anjing.Tak pasal-pasal kena penyakit osmolisiosisme.

Cakap pulak pasal kopi dara yang aku minum ni.Ada kisahnya yaang tersendiri.Masa sekolah rendah aku sering dipuji sebegini rupa

"eyy..una jalan cat walk"

"cara kau jalan macam model siot".

Haha.Sebenarnya cara aku berjalan mula berubah bila minum kopi dara iaitu sekitar darjah 5.Dulu mak aku merupakan bussisness woman.Dia jual alat penjagaan wanita dan macam-macam lagi but now dia cuma buat katering.So,aku sebagai anak dia yang comel ni yang selalu curi-curi barang mak aku sampai setiap kali mak aku kira stok alat-alat mekap dan sebagainya ,ade sahaja yang kurang.Nakal Tak aku

Satu hari tu mak aku letakkan stok kopi dara dekat  rak.So,dengan kaki aku yang masih pendek
aku pergi ambil kerusi dan ambil kopi dara yang aku sangap sangat nak rasa.Aku sebenarnya tak tau function kopi dara tapi disebabkan desakan nafsu yang bergelora bagaikan ombak rakus menampar tepian pantai.Aku layan jugak nafsu nakal ni tambah-tambah lagi mak aku tak ade.

Aku bancuh kopi tersebut lalu ku teguk sampai habis.Pergh!..sedap gile.So after that aku jadi ketagih minum kopi dara.Sebelum ni jalan aku seperti jantan,tak rapat dan kengkang.Sekali kena penangan kopi dara.Fulamak sis and bro

catwalk kau!!!Rapat gilo.

Angin pun tak boleh lalu kau tahu!.Aku rasa kalau pergi pasaraya pakai baju kebaya dengan jalan lenggok ni.Konfem dorang tak percaya aku darjah 5.haha..BTW.itu semua zaman dahulu kala,masa aku masih ditahap hingusan.Otak pun masih mereng tak kenal erti dunia.Sampai sekarang aku masih catwalk.Pernah sekali aku cuba try jalan macam biasa then try jalan kengkang.Waktu malam habis satu kaki aku sakit yang teramat sakit.Nak buat macam mana sudah cara jalan aku macam model hehe (perasan sudah)

(p/s.kalau ada sesiapa jual kopi dara cakap tau,nak rapatlan lagi jalan ni.hoho)