doa mohon kebaikan dunia dan akhirat

 post kali ini about doa memohon kebaikan dunia dan akhirat..so entry kali ini teramatlah singkat mungkat ningkat mangkuk tingkat.alamak terlebih sudah..kalo nak kebaikan kehidupan didunia diakhirat amalkanlah doa ini

"Rabbana atina fiddunya hasanah wafil akhirati hasanah waqina azabannar"

maksudnya: "Wahai tuhan kami,berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka"
sebelum akhiri entry ni .lupe pula una ade sedikit tips agama untuk korang.Una selalu amalkan zikir ni walau dimana sahaja berada.Biasanye lah kan Una amalkan bila nak cari tempat parking atau dalam kesusahan dan perlukan pertolongan.Insyaallah.Dan Alhamdulillah setiap kali Una amalkan sentiasa dibantu oleh Allah...Well Allah is Al-Mujib ( Maha Pengkabul)...

"Rabbi yassir wala tua'sir wa tammim bilkhair".

kita sedarkan bahawa setiap manusia banyak lakukan kesilapan.Allah sayang hambanya yang suka bertaubat..bila korang malas solat ingat "bila-bila masa Allah boleh mematikan kita tanpa kita sedar,nak ke akhiri hidup dalam keadaan yang masih belum sempat bertaubat?nak ke  jadi penghuni neraka?.jadi sebelum terlambat cepat2 mohon ampun atas segala dosa.Amin..Salam



Kekeliruan dalam dalam penggunaan teknologi

salam..tak jawab dosa..kalo jawab sayang.okeng..eh!..korang pernah tak alami kekeliruan dalam teknologi macam televisyen or handphone.kalo pernah give me eleven.yeay!.sebelum tu just call me Una.

yesterday una tengok tv channel astro citra,kan ade scene Jepp Sepah pergi rumah melur right?..citenye macam ni..

"Assalamualaikum!!!..." Jepp Sepah bagi salam dari luar rumah Melur

"Una tengok sape yang datang tu"..mak Una jerit dari dapur

una buat tak tahu je.chet!.anak durhaka.

"Assamulaikum!!" .Jepp Sepah ucap sekali lagi 

"hish! budak ni memang tak bole diharap,Waalaikumussalam!"..mak Una jawab sambil berlari ke ruang tamu ,then my mom open the door.There's nothing -_-"

"Assalamualaikum!".untuk kali ketiga jepp sepah ucap salam then ibu toleh belakang sambil cakap

"kurang asam punye tv"

time ni una da berguling-guling atas lantai tahan gelak,ibu datang cubit and geletek una "sukenye kena kan umi"

Last month Una potong bawang didapur.Maklumlah nak jadi gadis mithali.so tiba-tiba ada bunyi lagu "Muara Hati".Lagu muara hati adalah ringtone dekat handphone Una,so dengan sepantas kilatnye phiuw! phiow!..Una lari mendapatkan handphone dekat dalam bilik.da la kena naik tangga.habis susut 10 kg.(penipu!).sampai dalam bilik Una cek phone.kosong! yilek! polek! ...then dengan hati yang sedih u-turn ke dapur..u-turn la sangat,if nak u-turn dalam rumah pakai kete halkwins la (tak reti eja)..hee~~

Masa lalu kat ruang tamu Una perasan rupa-rupanya lagu Muara Hati tu datang dari tv astro Ria.argh!..geramnya...sumpah taknak buat lagu Muara hati as ringtone..taubat!..
ini la pengalaman nuril.Tak tahu pula korang macam mane.pernah alami tak?memang rasa macam nak jerit kan3?.

sebelum mengakhiri  nuril nak tunjukkan satu gamba kek kahwin makcik yang nuril buat.this is my first baking.dekorasi kek,tak sangke dapat pujian daripada makcik-makcik,mokcik cakap

"kek ni rasa macam kek kat kedai kek KING'S la.tapi lagi sedap"

kembang semangkuk Una tahu!.after that ramai pulak minta buatkan kek untuk majlis kahwin..niat dihati terasa nak buka kedai kek

kek pertama yang una buat.tapi kenapa ia membontoti kamera iolls.chet.kek durhaka.



majlis akad nikah:pengantin yang sweet...jelous k!.


 bakal pengantin yang sweet heee (berangan..its me,tutup mulut sikit,ternganga tu)..


gurls bila da suka boys

waalaikumussalam.kat atas entry da cakap assalamualaikum kan3,tak jawab dosa tau ahaks.it has been so long sy tak update blog and so then dah tak ade sesiapa yang sudi berkunjung.sedih  T_T..

pinjam bahu jap.mahu lap hingus.yuks.dalam entry kali ini saya nak cakap pasal gurls la kan.Sometimes lelaki banyak salah faham dengan gurls memandangkan dorang pun bukan gurls.ngek!..someone asked me

"ape tanda-tanda gurls tu suka aku ea?"

"macam ni la bro.bila sorang gurls tu minat kat hang.automatically die akan jadi caring tau,kalau kau sakit die ambil berat,if hang ade masalah die bantu.pokoknye dalam waktu kau susah dia akan sentiasa ada untuk kau.die sanggup korbankan ape saje untuk kau.tapi cmungkin hang tak sedar.so like that la"

"takkan la.kalo perempuan tu ramai kawan lelaki yang hensem,macam mane die nak suke aku.unbelievable,"

"yer..memang perempuan ramai yang periang dan ramai kawan lelaki.sebab kenapa dorang buat macam tu is nak tarik perhatian hang,dia nak tengok sama ada kau cemburu atau tak.tapi bila seseorang perempuan tu dah betul2 suke kan hang.dia takkan pandang yang lain even ramai laki macho and lebih hebat dari hang berkawan dengan dia tapi bila die betul-betul sayang hati dia akan setia untuk hang sorang je..sebab tu la cinta itu buta.lagipun kau bukanla hensem mane,takkanla awek kau tak terpikat dengan laki lain.nampak sangat dia sayang kau abes bus.."

"kuang aja mulut.habes tu apesal kadang-kadang gurls tu tibe2 marah aku tak tentu pasal?"

"first mungkin kau ade buat die terasa,second kau tak endahkan die sebab perempuan sukakan perhatian daripada orang yang die sayang,third die tengah moody.waktu tu la chance untuk hang pikat dia,pujuk or buat lawak .if die gelak maknenye die suda ok la tu dalam mase yang same akan menguatkan lagi sayang die pada hang..vouge gitu"

"awek aku kadang2 suke off fon.nak buat macam mane"

"ala..relax ar.tu tandenye die perlukan waktu untuk berseorangan tapi ade sesetengah permpaun bile die on handphone balik die harap ade mesej and miss called yang banyak dari hang.die nak tengok sejauh mane hang sayang kat die..

"huh!..leceh la perempuan ni"..

"memang la kalo tak bukan perempuan namenye ngek.".

"uish ganasnye.jangan ganas sangat.nanti takde sape nak buat bini"

memandangkan sekarang iolls merupakan menteri besar di US banyak rakyat-rakyat jelata iolls sudah terpesong dengan agama kristian menyatakan bahawa pada hari ini bersamaan 21.12.2012 diramalkan tarikh kiamat.Tu dia.mace-mace(macam2) da berlaku hok koba ni.hok cino wat kubu,hok amorika siap dok dalam bot.reality tak ada sesiapa akan terselamat dan kiamat adalah rahsia Allah..

kapel itu mendekati zina?

salam..x jawab dosa tahu!.agak 3 bulan  den tak update blog.almaklumlah busy dengan bisnes menelaah buku SPEIMM.its already 30 Nov and now iolls sudah menamatkan SPM.wow! keren gitu!:p.Sambil membelek-belek buku saya yang baru beli tajuknya "MOTIVASI MENJADI WANITA BAHAGIA".untuk pertama kali sy tatap buku ni hati sy berdegup kencang..Sambil belek buku terjumpe resit bank cimb.huh!..duit makin sengkek.cume ade RM1021.00,kenapalah boros sangat.aik!.da lari topik..

suda setahun saya menjalin hubungan dengan kekasih lame dan suda 1 tahun itu saya melakukan dosa "kapel"tanpa ikatan yang sah.Dosa lidah dengan janji2 manis yang entah kemana.Dosa hati yang lebih merindui dia daripada Maha Pecinta.Bila kenang kembali saya rase nak menangis.Memang la ada orang cakap

yaw!..kapel tak salah tapi asalkan ikut cara islam

sekarang saya jawab

"tiada cinta yang sah dalam islam melainkan pernikahan,cube bayangkan,memanglah mula2 iman kuat dapat bertahan tapi sampai bila dapat bertahan?.Syaitan sentiasa ada menjadi yang ketiga jadi tak hairanlah kalau orang tu "kapel ikut cara islam"bole tersungkur."kadang2 ada jugak orang yang cakap like this

"hello i pakai tudung litup tutup aurat ye,takkan la i nak berzina"

"well hati manusia tak kuat.kadang2 iman bole luntur. tak percaya cer tengok blog ni..awek tudung berzina"

"overall semua yang pakai tudung kan?.biasanya yang pakai tudung ini antara wanita yang takut mendedahkan aurat tapi kenapa mereka ni tak takut melakukan zina.atau pakai tudung sekadar isyarat.i dunno.betul dalam hadis penah cakap,wanita akhir zaman memakai tudung tetapi pakaian mereka seperti bertelanjang so maknenye dunia  dah nak kiamat.OMA a.k.a OH MY ALLAH.da terang tang tang..ceh! ayat tak mau kalah..hee :p.sekuat manepun iman seseorang tu,seteguh manepun pendirian seseorang,syaitan akan tetap berusha.so berwaspada la.Saya cakap ni bukan sebab nak berlagak,sebab saya pernah alami jadi sebagai pengajaran bagi diri sendiri,saya taknak saudara seagama terima nasib yang tak baik .so berfikir la sejenak.

"ape kena mengena hadis pakaian wanita akhir zaman dengan zina and kapel?"

"listen here,pakaian faktor utama zina,kalo pakai baju mendedahkan aurat bukankah menggugat iman lelaki.lelaki kan lemah dengan wanita.kan?if u pakai tudung tapi tak sampai tutup dada,jeans nampak bentuk paha itupun bole menggugat iman seseorang lagipun dalam hadis ada menyatakan,"orang perempuan yang berpakaian tapi bagai bertelanjang tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat menghidu bau syurga,sedangkan bau syurga dapat dihidu dari jarak yang sangat jauh"..

"korang nak masuk syurga kan,cer cakap sape yang taknak masuk syurga,semua nak kan, angkat tangan sape nak masuk syurga...1,5,6..sejuta..hayyo good2.turunkan balik tangan,ketiak bau ambi pur.;p jadi muhasabah diri sejenak,fikirkan azab kubur dan kiamat...
salam muhibah

kisah seram di stesen petronas


                              pada suatu malam yang hening.Tepat pukul 10.25 malam di highway.Semasa perjalanan ke karak si ustaz merasa hendak melepaskan hajat.Lalu beliau memacu dengan begitu laju dengan lagaknya yang sungguh hebat ala-ala michael schumacher.Tiba-tiba ustaz ternampak stesen petronas.Si ustaz berhenti untuk melepaskan hajatnya yang sudah lame tersimpan dan terkubur  dalam sistem cernaan .Apabila segala hajat sudah ditunaikan.Utaz pun keluar dari toilet lalu berkata

"uh!!..lego den,nasib boik ada tandas kat cini..loga..loga.."

tiba-tiba!!..

"Abg!......tolong....tolong"

satu suara meminta tolong.Si ustaz cuba meneliti dari mana arah suara itu datang.Ia datang dari tandas..

"Aik siapa yang mintak tolong ni...soram pulak tongkak den ni"

"tolong ..tolong.."suara itu bergema lagi,kali ini lebih kuat..

lalu si ustaz datang mendekati tandas tersebut.Lalu membuka pintu tandas.Tiba-tiba!.satu makhluk benar2 depan matanya.sedang meminta tolong sekali lagi....

"abg...tolong bang...ambilkan saya air..tandas takde air.."....

#Moral of the story,perhatian kepada semua stesen minyak..sila pastikan tandas di tempat anda ada bekalan air..kesian orang yang nak melepaskan hajat.nasib baik ada si ustaz.ustaz tu ayah gua..huhi...


ciNTAMU cintaku.kau cinta aku?






Berbicara tentang cinta.Apa itu cinta?.ada orang cakap cinta macam kentut,ditahan merana dilepas 
"Ah..lego den".Begitulah cinta..






pakwe :sayang...i lap u..
makwe: i lap u jugak..

setakat i lap u..u lap me no hal la,semua orang boleh lafazkan,bila awek/makwe korang syg of course la caring right..macam ni.contoh si lelaki hisap rokok,

awek:..awk jgn la hisap rokok.
pakwe: susah la nak berhenti
awek :sy sygkan awk sgt..sy xnak awk pergi cepat,sy tak nak kehilangan awak..jagalah kesihatan awk..(so  gurls around the world u can try this ditambah dengan sdikit linangan air mata darah,mesti cair pakwe korang)

tapi kadang2 tak menjadi jugak kan.sebab rokok bila dah sebati susah nak dilepaskan.Tapi seorang wanita yang sygkan pakwe dia akan tetap berusaha supaya pakwe dia berhenti rokok.Because of what?..BECAUSE SHE LOVE HIM DAN xnak laki tu MATI CEPAT.hee..power tak ayat aku?..ape?..tak!..okey..

Bila da syok sakan bercinta,mula-mula kapel memang indah tapi last-last macam kapel tak kapel je right? awek/pakwe tak pedulikan korang langsung..if macam tu tak payah la buat awek or pakwe.hati dia mudah berubah.

kalo someone tu love kita,setiap mase dia akan ambil berat.Walau sibuk sehari pun still ada sikit mase untuk tanye korg sehat ke tak?da makan ke belum?hows your day? and whatsoever.tapi kalau she or him tak wat pape.Memang tak sayang ler tu..

then bila sorg laki tu sayang dia akan kuat merajuk dan kebudakan.because what?..dia nakkan perhatian kita .Nak bermanja la kononnye.penampo mahu...Ha?..gedik kan laki macam ni..Mungkin kalo ade laki macam ni other guys akan cakap
 "euwwww..tak macho la bro"...Tapi nak buat macam mane,bila dah cinta sometimes ego laki akan hilang

Then dia boleh menangis kerana kita..Jeng jeng jeng..kalo lelaki menangis kerana perempuan,..
"sumpah bro,lu memang sayang awek lu"..because laki ni kan ego kuat dan susah menangis..jadi bila dia menangis tuh.
"Waduh2..gimana ni"

cemburu bila kita cakap nga laki lain

haish ni sifat utama lelaki bila dia sayang..Bila nampak aweks cakap nga laki lain macam2 soalan ditanyo 

sapo laki tu yayink(sayang).
yayink cakap apa dengan laki tu
laki tu dengan i mane lagi hensem.ni tanda dye nak tau laki 2 adalah pesaing dia or tak,kalu gurls jawab si pakwe lebih hensem so pakwe akan rase selamat sebab
 "buat apa nak kesah,aku lagi hensem la,of cos makwe aku tak cari lain".btw.wajah bukan segalanya,kalu laki lain tak hensem tapi dia lebih caring pada si makwe.Kedudukan si pakwe akan tergugat melainkan makwe anda seorang yang setia tahap PhD ...lala~

Dia adalah motivator,bila ada masalah dia sentiasa disisi bagi semangat

pakwe: awk..kenapa ni?macam ada masalah,kongsilah dengan saya,
makwe: saya kena penampo dengan papaya(papa)
pakwe:sabar ye sayang..tu dugaan..bla bla bla bla bla bla bla bla

ha?...selagi korang menangis selagi tu dia akan cuba tenangkan korang..dan disaat itu makwe akan berasa semakin sayang pada lelaki kerana setiap wanita perlukan tempat untuk luahkan perasaan,takkan setiap mase nak mengadu dekat diari,FB and twitter.Right?.

ada sedikit puitis dedikasi to my future husband,aku pun tak tahu siapa future husband aku,mane tahu dia tengah bace sekarang,then tersengih sampai ke telinga,next terbukak hati untuk masuk meminang aku kerana tergoda dengan keindahan dan kemerduan puitisku ini.(eheh..nak jugak)

saya akan menjadi bahu untuk awak bersandar ketika sedih
saya ingin menjadi pendengar setia bila awak ditimpa kegelisahan
saya ingin awak tersenyum walaupun saya merana..
saya ingin melihat awak bahagia awak kerana sayang saya pada awak.
saya ingin awak menerima saya seadanya.bukan kerana paras rupa tapi kerana awak ikhlas menyayangi saya
saya hanya ingin awak dan bukannya wanita/lelaki lain kerana awak satu2nya yang saya cinta.
saya ingin berdoa semoga hubungan kita disulam dengan cinta yang ikhlas dan jujur..
Sesungguhnya,saya ingin menjadi teman hidup awak dan saya berharap awak juga ingin menjadi teman hidup saya dalam suka dan duka..

"berapa banyak SAYA INGIN da..."

sebenarnya aku tak tau nak tulis entry ape.entry ni pun spontan,minda ku mengeluarkan idea lalu ia memberi mesej kepada sel otak dan secara automatik idea tu mengalir ke tangan  dan tgn pun bergerak secara automatik tanpa kuduga dan tiba-tiba...eh!!!..aku tertekan keyboard la,how can it be?,i can't believe it.OMKP (OH! MAK KO POCOT).nampak sgt menipu..Huhu..







kepelbagaian zikir membawa kejayaan


Assalamualaikum..tak jawab dosa..kalo jawab dalam dalam hati means u rindu if jawab dgn penuh semangat tanda sayang..hehe..

bila tengok secara keseluruhan my blog ni ade yang suke merepek meraban maklumlah empunya blog pun samo :p..ok ler..saya sebenarnya nak share pasal zikir...as u know..basenye waktu sekolah rendah cikgu mesti akan suruh kita bace asma ul husna setiap kali perhimpunan kan?..kan?kan?kan?.:p.kalo ingat Bagus!..tapi kalu tak...hermm..tak lame lagi la tu..hehe..banyak big secret disebalik zikir asma ul husna ni..eko sumo nak tahu apo dio..baco ler..

1.Disayangi semua orang.
ucapkanlah YA-RAHIM 100 kali setiap selesai solat subuh.Insyaallah akan disayangi dan disukai orang..

2.Supaya cinta berbalas
apabila seseorang ucapkan zikir YA-WAJID dan dihembuskan kedalam air,kemudian air itu diberikan kepada orang yang dicintai,insyaallah,orang yang dicintai akan mencintainya juga.

3.Mulia didunia dan diakhirat
ucapkanlah YA-KARIM sebanyak 270 kali sebelum tidur,insyaallah dia akan mulia di dunia dan akhirat dan darjatnya juga akan diangkat.

4.Agar hajat tercapai
  1. ucapkanlah YA-SAMI' .sebanyak 100 kali selepas manunaikan solat zuhur pada hari Khamis,kemudian menahan diri daripada bercakap dengan orang lain.Insyaallah hajat yang baik akan tercapai
  2. ucapkan YA-RAFI' sebanyak 20 kali sehari semalam,insyaallah hajat akan tercapai.
5.Menambahkan keimanan
ucapakan YA-MUKMIN dan jadikan sebagai wirid..

6.Kembali ke jalan yang benar 
barangsiapa yang banyak melakukan maksiat dan sifat tercela,maka ucapkanlah YA-GHANI sebanyak 70 kali setiap hari dengan niat hendak meninggalkan perkara mungkar(maksiat),insyaallah dia akan kembali ke jalan yang benar..

7.Ditunjukkan jalan kejayaan
siapa mengucapkan YA-KHOFID 300 kali sambil menadah tangan kemudian menyapukan ke wajahnya,insyaallah dia akan menemui jalan2 kejayaan di dunia dan akhirat

8.Dosa diampunkan oleh Allah
sesiapa yang merasa dirinya pernah melakukan maksiat maka ucaplah zikir YA-GHAFFAR dengan bersungguh-sungguh,nescaya dosa dan kesalahan akan diampuni Allah.

9.Kubur akan bercahaya
sesiapa yang ingin kuburnya diterangi cahaya keimanan ucapkanlah YA-NUR sebanyak 111 kali setiap kali selesai solat jumaat,insyaallah kuburnya akan terang dan jasad dan jiwanya akan mendapat cahaya keimanan.

10.Menghilangkan keraguan terhadap kekuasaan Allah
ucapkanlah YA-ZAHIR 21 kali setiap selesai solat subuh,insyaallah cahaya kebenaran akan masuk kedalam hatinya.

11.Mudah memahami sesuatu
ucapkan YA-HAKIM sebanyak 99 kali pada bila-bila waktu,insyaallah dia kan lebih bijak dan mudah memahami.

12.Agar syaitan tidak berani menghampiri
ucapkan YA-MUKMIN.sebanyak 136 kali setiap hari insyaallah Nur islam akan memancar di wajahnya dan syaitan tidak berani menghampirinya

13.Dikurnia kekayaan
barangsiapa mengucapkan YA-WAKIL sebanyak 66 kali setiap hari.insyaallah dia akan dikurnia kekayaan yang banyak.

14.perempuan akan bertemu jodoh
ucapkan YA-LATIF sebanyak 133 kali dan sapukan ke muka,insyaallah akan menemui jodohnya.

Pokoknya ya...semua ini perlu diiringi dengan kesungguhan dan tawadduk..insyaallah zikir yang anda amalkan akan berkesan...example like me yeyh.. saya memang hampeh pemalas nak pegang buku..sehari sebelum mengambil keputusan PMR barulah saya nak berdoa dan mohon pada Allah,saya hanya amalkan zikir numberr 4 iaitu agar hajat tercapai kemudian saya berdoa,saya berdoa agar PMR saya dapat bla bla A(taknak cakap bape A) dan dapat masuk kelas aliran sains.Alhamdulillah apa yang saya hajat dipenuhi oleh Allah.

 

Mengenal Jin dan Hantu dalam masyarakat melayu




 


Maaf posting kali ni sangat ..teramat.. sungguh.. gila panjang..da la panjang gila lagi tuh..mesti ade yang cakap.."ARGH!..KARUTLAH MINAH NI.MANE ADE HANTU MASE ZAMAN MODEN"..jawapan saya ya..hantu memang tidak wujud cuma kepercayaan orang melayu yang membuatkan kita fikir hantu itu wujud..Nama-nama jin dan hantu di dalam masyarakat melayu tidak tercatat di dalam al Quran dan hadith bukan bermaksud kewujudan mereka ditolak seperti masyarakat melayu,kita ada jowo ,kampar,minang dan sebagainya tetapi tidak tercatat didalam Al-quran macam tuh jugaklah syaitan..mereka diberi dengan pelbagai nama oleh masyarakat kita sendiri.Jom kita mulakan sesi perkenalan dengan hantu...aummmm...

Antara jenis-jenis jin atau hantu dalam masyarakat melayu ialah :

1. Bajang
Bajang adalah golongan jin yang dipelihara oleh manusia bertujuan memudaratkan musuh. Sesiapa yang ingin memilihara bajang sebagai kahdamnya(jin yang dibela) hendaklah melakukan pemujaan terhadap jin melalui mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan jin jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing . Antara gangguan yang dilakukannya ialah menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.
Tuan bajang hendaklah menyimpan bajang di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya ingin ‘menyerang’ musuhnya.Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.
Bajang biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan. . Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, bajang akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.
Hantu bajang biasanya dibela oleh seseorang bagi menjaga keselamatan diri daripada serangan haiwan buas, menjaga ladang daripada serangan perosak tanaman, membuat kerja berat seperti membersihkan kawasan untuk berhuma dan bagi memusnahkan saingan.

2. Hantu Raya
Hantu Raya adalah golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Ia dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat dan juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.
Tuan Hantu Raya yang dipelihara itu perlu memberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian mengandungi telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.
Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.
Bahaya berdamping dengan Hantu Raya
a. Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam
b. Hantu Raya akan mengamuk sekiranya tidak dijaga dengan baik.
c. Tuannya sukar untuk mati sekiranya tidak ada orang hendak menerimanya.
d. Hantu raya suka menyamar sebagai pemiliknya dan akan tidur bersama isteri tuannya jika tidak dikawal
Salah satu kaedah tuan punya menurunkan hantu rayanya kepada warisnya adalah melalui keris yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Biasanya setitik darah tuannya dikehendaki untuk memastikan tuan yang baru dan akan menurut perintah tuannya.Ramai orang tua yang mengamalkan bahawa dengan mempunyai pendamping ini mereka merasa selamat dari ancaman musuh tetapi hantu raya atau jin ini ada kelemahannya
Menurut pengamal perubatan tradisional, gunakan lada kering, garam dan arang sahaja dalam proses menyingkirkan jin tersebut. Setiap batang lada patahkan tiga bahagian dengan bacaan Al-Fatihah setiap satu dan sebanyak 40 batang lada kering diperlukan (jadi 120 batang kecil). Bacakan ayat Kursi sebanyak 33 kali dan hembuskan keatas air. Renjis air ini ke atas garam dan arang tadi.Kemudian gunakan arang ini untuk menghidupkan api di atas dupa. Letakkan sedikit lada dan garam sedikit demi sedikit sehingga habis. Masa yang sesuai dari pukul 6.00 petang sehingga habis lada di bakar. Hantu raya akan lari atau mengakibatkan dia cedera disebabkan oleh gas lada ini. Biasanya ia akan membunuh tuannya kerana tuannya tidak dapat mengubatinya.
Ayat Kursi adalah pantang jin dan lada serta garam adalah musuhnya. Gunakan sebaiknya kaedah ini sekiranya anda memasuki rumah yang lama tidak diduduki atau diganggu hantu raya atau anda mengalami sakit yang tiada puncanya. Asapkan badan atau bahagian yang sakit dengan asap lada ini. Insya ALLAH, doa anda dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T.

3. Pelesit
Pelesit adalah dari golongan jin, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh.. Hantu pelesit diberi makan darah dari jari tangan tuannya.Ia dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk ke rumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka. Selain itu hantu pelesit juga digunakan bagi mendapatkan wang. Ia disimpan dalam botol kecil dan diberi makan darah yang dititik daripada hujung jari tuannya setiap kali bulan mengambang.
Hantu pelesit perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya dengan darah tuannya.. Sebelum tuannya mati hantu pelesit hendaklah diwarisi oleh keluarga tuannya sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu pelesit akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan. Hantu pelesit akan menyebabkan tuannya susah untuk mati kerana tiada tuan baru untuk menjaga dia kelak, kecuali ada anak yang sanggup menjaga hantu itu. Dia akan menjaga tuannya sehingga dia dimusnahkan oleh tuannya sendiri.
Pembela pelesit dikatakan tidak akan mempunyai zuriat kerana ilmunya yang panas akan membunuh janin atau anak kecil yang berdamping dengannya, sekiranya tidak dijaga dengan baik. Tahi besi (sejenis besi lebihan dari proses peleburan besi) adalah antara benda yang ditakutinya. Menurut pandangan pengamal perubatan,rupa pelesit adalah seperti seorang tua yang amat hodoh berabut putih panjang.Cara ia berjalan mirip seekor penguin.Ia menumpang ke badan belalang hijau sebagai tunggangannya.Cara untuk mengenali rupa belalang pelesit adalah dengan melihat di atas kepalanya terdapat tanda merah.Apabila dicabut kepalanya akan nampak juraian rambut yang halus.

4. Toyol
Toyol adalah jin berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Toyol biasanya dipelihara dengan tujuan membantu pemiliknya mendapatkan duit dengan mencuri daripada jiran-tetangga.Ia mampu menyelip dalam mana-mana bilik berkunci, dan mampu mencari wang tunai yang disorokkan di mana sahaja, kononnya termasuk yang disorok dicelah kitab suci.
Pemelihara toyol biasanya akan membeli atau memuja untuk mendapatkan toyol. Secara umumnya toyol, mempunyai bentuk seorang budak kecil berbogel, dengan mata yang merah dan gigi yang tajam. Kononnya, toyol akan dipelihara dalam sebuah botol kecil dan pemiliknya akan memberikannya makan darahnya sendiri setiap hari dan setiap bulan mengambang. Sekiranya gagal, toyol akan menghisap darah ahli keluarga terdekat pemiliknya.
Bahaya memelihara toyol
Sekiranya tidak dijaga dengan baik, toyol akan membinasakan ahli keluarga terdekat pemilik toyol. Sekiranya toyol tidak lagi diperlukan, Tuan baru toyol menggantikan tuan lamanya diperlukan jika perkhidmatannya tidak diperlukan lagi, atau menghantar toyol itu balik ke tempat ia dibeli, atau dibuang, biasanya dihanyutkan dengan acak kedalam sungai.
Terdapat petua yang menyatakan sekiranya sejenis permainan (menggunakan ketam), diletakkan hampir dengan wang yang disimpan, toyol akan asyik bermain sehinggakan terlupa mengambil wang. Kacang hijau yang diletakkan ke dalam kantung juga dikatakan boleh melalaikan toyol.Toyol juga tidak akan mencuri keseluruhan jumlah wang, tetapi sekadar mengambil sebahagian daripada wang yang tersimpan. Pemilik toyol juga perlu memenuhi apa sahaja permintaan toyol peliharaannya, sekiranya gagal, toyol tersebut akan bertindak ganas.
5. Saka haiwan
Saka haiwan adalah jin berbentuk haiwan seperti saka buaya mampu mengawal buaya, dan orang yang mengawal saka ular mampu mengawal ular.Saka haiwan biasanya memerlukan mereka yang ingin mendampingi jin haiwan mengambil bahagian badan tertentu haiwan tersebut. Bahagian badan itu akan dipuja sehingga pengamalnya mendapat alamat bahawa jin haiwan tersebut telah bersatu dengannya. Pengamal tersebut biasanya perlu mematuhi beberapa syarat dan pantang larang yang dikenakan oleh jin yang didampinginya.
Saka harimau biasa digunakan untuk menjaga diri,harta dan rumah.Di samping itu,tuan saka harimau akan memiliki kekuatan dan kehebatan pada pandangan manusia.Oleh sebab itulah ia digunakan dalam persilatan bagi manambah kekuatan pesilatan dengan bantuan saka harimau

6. Hantu Polong
Hantu Polong adalah sejenis jin belaan, biasanya lelaki, bertujuan untuk memudaratkan musuh. Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari jari tuannya.Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan dibacakan jampi serapah dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi daripada dalam botol. Pemuja polong perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi polong makan. Pemberian makanan menyebabkan polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.
Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui mulut. Hantu polong dikatakan akan dipelihara oleh lelaki untuk menyakiti musuh. Selain itu hantu polong juga digunakan bagi mendapatkan wang. Polong akan menyerang seseorang mangsa dan hanya keluar apabila tuannya datang membantu menghalaunya keluar, dengan itu mendapat bayaran kerana membantu mengubati mangsa
Hantu polong perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu polong akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.
Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. Polong boleh dipaksa bagi memberikan nama tuannya ketika merasuk mangsa. Biasanya biji lada hitam digunakan bagi menggentel bahagian badan mangsa dengan bacaan doa tertentu yang akan menyebabkan polong yang berada dalam badan mangsa kesakitan.

7. Hantu Penanggal
Penanggalan adalah golongan jin yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memelihara harta dan memudaratkan musuh. Hantu penanggalan dipercayai diberi makan darah daripada ibu yang baru melahirkan anak oleh tuannya. Hantu penanggalan dikatakan sejenis makhluk berkepala dengan urat perut yang bercahaya dan terbang mencari mangsa. Penanggalan akan terbang ke rumah yang dikenal pasti mempunyai wanita yang baru bersalin dan kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.
`Menurut perubatan melayu cara menghalang gangguan Penanggalan dikatakan dengan cara meletakkan daun berduri, seperti daun mengkuang, di bawah rumah ibu yang baru bersalin. Ini dikatakan kerana hantu Penanggalan takut menghampiri rumah yang berduri kerana bimbangkan tali perut mereka tersangkut pada duri tersebut. Mereka yang memelihara Penanggalan dikatakan mampu menanggalkan kepala dan urat perut mereka dan terbang mencari wanita bersalin bagi memberi makan kepada Penanggalan. Selepas mereka makan, dikatakan pengamal Penanggalan akan merendam urat perut mereka kedalam tempayan yang berisi cuka bagi mengecutkan perut sebelum masuk kembali kedalam badan asal mereka
Penanggalan dikatakan akan dipelihara oleh wanita bagi tujuan memelihara harta benda dan, membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu Penanggalan akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.
Pembela Penanggalan dikatakan sukar mempunyai zuriat kerana ilmunya yang panas akan membunuh janin atau anak kecil yang berdamping dengannya, sekiranya tidak dijaga dengan baik. Penanggalan mungkin merupakan cara penduduk zaman dahulu menjelaskan kadar kematian ibu bersalin yang tinggi dikampung-kampung. Secara tidak langsung, ini menunjukkan bahawa, kadar kematian ketika bersalin amat tinggi pada suatu masa dahulu.

8. Hantu bungkus
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.Hantu bungkus tidak dipelihara dan terdapat secara bebas. Kemungkinan hantu bungkus adalah jelmaan jin yang menganggu manusia.
Contoh-contoh hantu yang telah saya terangkan di atas sebenarnya adalah golongan jin yang hidup di sekitar masyarakat melayu.Jika anda anda kemusykilan mengenainya bertanyalah dengan mereka yang faham tentang masalah tersebut.Menerima atau menafikannya tanpa mendapatkan maklumat dari orang yang yang munasabah adalah tindakan yang tidak wajar.

sekian sahaja pidato saya untuk pagi yang indah bak colgete yang putih2 gitu..hehe...salam..



                                      "eh!..nama ayah saya senget la...buta it,gitulah nampaknye yop.."

Keistimewaan menjaga solat dan Azab meringankan solat

Assalamualaikum
Solat merupakan satu kewajipan kepada semua umat islam.Jika seseorang itu meninggalkan solatnya dia dianggap sebagai golongan yang fasiq dan akan diseksa selama 28 juta tahun dineraka.Satu hari diakhirat bersamaan 1000 tahun didunia.Mampukah korang bertahan diseksa dan diazab dengan begitu lama.Memanglah semua umat islam akan masuk syurga tetapi setelah kita diazab dan diseksa dengan begitu lama diakhirat.Solat merupakan tiang agama.Sesetengah ulama berkata bahawa terdapat dalam hadith bahawa sesiapa yang menjaga solahnya maka Allah akan mengurniakan 5 keistimewaan.

  • 1.diangkat kesempitan hidup didunia.
  • 2.dihindarkan daripada azab kubur.
  • 3.menerima buku catatan amalannya dari tangan kanan.
  • 4.melintasi titian sirat sepantas kilat.
  • 5.memasuki syurga tanpa hisab.

Manakala sesiapa yang meringan-ringankan solatnya  dengan 15 seksaan iaitu 5 seksaan di dunia,3 seksaan ketika meninggal dunia,3 seksaan dialam kubur dan 3 seksaan semasa dibangkitkan dari alam kubur.

5 seksaan dunia:
  • 1.dicabut keberkatan umurnya
  • 2.dihapuskan tanda-tanda orang soleh dari wajahnya
  • 3.Allah tidak mengganjari setiap amalan yang dilakukan olehnya
  • 4.doanya tidak akan diangkat kelangit(doanya tidak akan diterima)
  • 5.dia tidak akan mendapat bahagian dalam orang soleh.

3 seksaan ketika meninggal dunia
  • 1.mati dalam keadaan hina
  • 2.mati dalam keadaan lapar
  • 3.mati dalam keadaan dahaga sehingga diberi minuman sebanyak lautan didunia pun tak dapat menghilangkan hausnya

3 seksaan dialam kubur
  • 1.kubur akan menghimpitnya sehingga tulang2 rusuknya akan berceragah antara satu sama lain.
  • 2.api akan dinyalakan di dalam kuburnya dan dia akan dibalik-balikkan diatas bara api siang dan malam
  • 3.Seekor ular besar bernama ASHSYUJA 'UL-AQRA' akan dilepaskan keatasnya.Kedua-dua mata ular dibuat daripada api dan kukunya diperbuat daripada besi.Panjang kukunya sejauh satu hari perjalanan.Ular tersebut akan berkata dengan suara gemuruh umpama petir    
       "Aku Ashsyuja'Ul-Aqra'.Aku diperintah oleh tuhanku untuk memukul kamu kerana   meninggalkan solat subuh  sehingga naik matahari,kerana meninggalkan solat zuhur hingga asar,kerana meninggalkan solat asar hingga maghrib,kerana meninggalkan solat maghrib hingga isyak kerana meninggalkan solat isyak hingga subuh" 

      setiap kali ular itu memukulnya dia akan terbenam kedlm bumi sejauh 
      70 hasta dan akan diazab secara berterusan sehingga hari kiamat.                                  

3 Seksaan ketika dibangkitkan dari alam kubur,di padang mahsyar:
  • 1.penghisabannya amat berat.
  • 2.dia akan dimurkai oleh Allah.
  • 3.dia akan dimasukkan ke dalam api neraka .            

Persoalannya dalam hadis ini hanya menyebut 14 seksaan dan dimanakah 1 lagi seksaan?.Dalam satu riwayat lain mengatakan barangsiapa melalaikan pada hari kiamat kelak akan datang dalam keadaan muka mereka tertulis tiga baris tulisan
  • 1.wahai orang yang mensia-siakan hak Allah
  • 2.wahai orang yang pasti mendapat kemurkaan Allah
  • 3.sebagaimana kamu didunia mensia-siakan hak Allah,kini putuslah harapan kamu mendapat rahmat Allah                                                      
Rasulullah S.A.W bersabda:
     
       "sesungguhnya perkara yang mula dihisab dari amalan manusia pada hari kiamat nanti adalah solat"(fardu lima waktu)."

*jadi apa yang tunggu lagi,berusahalah untuk menjadi mukmin sejati,jangan gunakan pelbagai alasan untuk meninggalkan solat ataupun sengaja meninggalkan solat.Sedarlah dunia ini hanya sementara dan nikmat yang kita ada seperti tubuh badan harta dan segalanya adalah milik Allah,kita hanya meminjam daripadaNya buat sementara.Jika anda masih hidup syukurlah kerana Allah masih bagi peluang untuk anda bertaubat dan pintu taubat masih lagi terbuka,itulah bukti Allah Maha Penyayang.Semoga kita digolongkan dalam golongan Anbia dan solihin.

*Saya juga insan yang lemah dan seringkali melakukan kesilapan.Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna.Tetapi selagi pintu taubat masih terbuka,selagi itulah kita perlu sentiasa bertaubat dan menunaikan kewajipan.Masih belum terlambat untuk kamu kembali kepangkuan Allah.Sesungguhnya Allah tidak pernah melupakan hambanya tetapi kita yang sering melupakan Allah dan ingatlah bahawa Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.

Perbualan Nafsu dan Allah S.W.T

Allah menciptakan nafsu,sepeti yang korang tau lelaki ada 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu..fuyoo banyak kan perempuan..untung lah jadi perempuan.hee..tapi beruntung JUGAK jadi lelaki sebab x payah mengandung..untung lah jadi lelaki..hee..secara kesimpulannya..jadi laki or perempuan dua2 untung..bersyukurlah dengan nikmat Allah..sesungguhnya kita adalah sebaik-baik ciptaan..straight to the point.


 Allah menciptakan nafsu dan berfirman kepadanya yang bererti: 


"Wahai nafsu, mengadaplah kamu!".Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : 


"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata,


"Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."  


Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bererti:


"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' (lapar) selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang ertinya:


"Siapakah engkau dan siapakah Aku?".Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata,


" Aku adalah hamba-Mu dan Engkau adalah Tuhanku." 


Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah Allah S.W.T mewajibkan puasa.Dengan puasa kita boleh melawan nafsu yang bergelora dan menghindarkan diri daripada melakukan larangan Allah..
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat, oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu men
gawal kita, sebab kalau ia mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.Tuntas bicara,jika kamu sering dihanyut nafsu yang bergelora banyakkan isgtifar dan jangan sesekali meninggalkan kewajipan sebagai umat islam seperti solat dan sebagainya.Perbanyakkan amalan sunat untuk mengukuhkan lagi keimanan. 



.Betapa sombongnya nafsu.Nafsu bekerjasama dengan syaitan untuk menguasai diri kita.Belajarlah untuk mengawal nafsu,bila ia tidak dikawal,selamanya nafsu akan mengawal kita,Dan bila kita berjaya mengawalnya.Alhamdulillah syaitan tewas ditangan kita.salam muhibah.semoga berjaya didunia dan akhirat

macam budak tadika la..

Berpaksikan tuguh yang telah aku capai
Satu cinta penuh rahsia terbina antara ku dan dia....
Hanya Allah sahaja yang tau betapa cintanya aku pada kamu..

WAIT!...JANGAN KELUAR..AKU TAU KORANG TAK SUKE ORANG BERJIWANG..MESTI JELOUS KAN..HEHE..

AS u know..aku tusyen di pusat tuisyen budiman..Aku paling suke kelas math yang diajar oleh cikgu mail..
u know sebab ape..
1)dia memang terel mengajar..
2)suke buat lawak dgn perangai dia yang agak kelam kabut 2
3)dye aja kitorang macam budak tadika..

num 1 dan 2 aku taknak cakap pape yang gua nak cakap num 3..
kau tau macam mne gaya cikgu tadika ajar..time ni kitorang baru belajar bab 1 form 5 iaitu base..

"sekarang ni kita masih di tajuk base duuuu...?"

"waaaaa"...(budak2 tusyen sambung ayat cikgu)

"1 campur satu jadi kosong sa.....?"

"tuuuu....:"(budak tusyen jawab lagi)

"32 bahagi 8 jadi em....?"

"pat........"(cara kami bercakap masih berahi dan bersemangat)

dan akhirnya...

"1 + 1 + 1 jad' satu ti.......?"

"................" kitorang sume diam

"ga......."haha..cikgu jawab sendiri..kitorang sume da malas nak sambung ayat..

mesti ramai yang tak faham kan macam mane cara kira..ni tajuk base untuk form 5 aku bagi cara kira ..bila tengok dialog kat atas tibe 1+1=10 and 1+1+1=11..korang mesti fikir aku ni tak pandai tambah..huhu..aku bagi sikit tips untk tajuk base form5

1+1+1=11
1+1=10
1+0=1
begitu lah seterusnya..bila cikgu ajar macam ni aku teringat waktu sekolah tadika dulu..huhu
ape2 pun cikgu terbaik...

btw..aku sangat rindu pada korang.Almaklumlah da lame tak on9.Tenga sedap2 aku like status orang kat fb tanpa menoleh kiri dan kanan aku hanya like tanpa mengendahkan jenis status..begitulah keadaannya dan adat berFB skunk huhu....
Aku hanya bace status sorang artis ni je..Awal Ashaari he saids

"Salam Takziah buat semua ahli keluarga dan sahabat handai Allayarham Izuan Pilus yg telah kembali menemui penciptanya petang tadi. Semoga rohnya tenang bersemadi dikalangan yg beriman. Al-Fatihah.





baru habes solat asar..peace no war..hehe